Kehadirannya dalam kancah pertandingan audio bukan sekadar meramaikan lagi penyertaan di kalangan para peserta, tetapi membawa tujuan utama iaitu untuk menang. Malik Ardhany cukup bersedia walaupun pertandingan yang disertainya ini bukan calang-calang. Ya, ini kisah Malik yang sejak dari awal lagi memasuki dunia audio kereta untuk berentap bersama barisan peminat audio kereta berbekalkan sistem audio yang dipasang pada kereta Honda Jazz miliknya.
Kalau dilihat kepada sistem audio yang dipasang pada kereta ini, tidak hairanlah kenapa Malik tidak sedikit pun rasa gentar. Beliau benar-benar sudah bersedia dengan kategori pilihan hatinya. Sistem audionya difokuskan di bahagian belakang, di tempat meletak barang. Hanya menggunakan dua unit subwoofer yang dikuasakan oleh dua unit amplifier dari Venom.
Seunit amplifier digunakan untuk memacu kuasa dua unit subwoofer, manakala seunit lagi digunakan untuk menguasakan barisan speaker yang ditempatkan di bahagian kokpit hadapan. Bagi memastikan bekalan kuasa mencukupi, Malik menggunakan dua unit kapasitor ADX 2.2 farad.
Selain itu, Malik menggunakan vinyl berwarna gelap untuk mewujudkan kontras antara penampilan luar dan dalam. Namun, apa yang menarik perhatian sebenar adalah pemilihan corak checkers di bahagian kokpit dan juga siling kereta.
Ini benar-benar serius atau masih belum cukup serius lagi?