Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kadang-Kadang Sedikit Itu Lebih Baik

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-02-14
in SHOW OFF, UTAMA
0


Jika ia adalah sistem audio pilihan yang boleh dibuat, tanpa ragu-ragu lagi saya akan memilih SQ tulen. Bukan SQL atau ESQL atau apa saja terma yang anda rasa boleh digunakan. Pokoknya, saya adalah pengikut audio SQ yang tidak pernah berubah semenjak mengenali dunia audio secara serius lebih dua dekad lalu.

Terma SQ yang diguna pada hari ini juga sangat berbeza dengan istilah yang biasa dirujuk 20 tahun yang lalu. Kalau dulu, sebut saja SQ, semuanya tentang kejelasan bunyi semata-mata. Tidak banyak orang menala woofer sehingga ke kedalaman yang luarbiasa. Benda-benda seperti jajaran masa, sistem aktif pun kadang-kadang ramai yang tidak tahu.

Teknologi SQ hari ini banyak dibantu oleh lambakan pemain utama yang bersifat aktif. Pioneer sebagai contoh tidak pernah berhenti menghasilkan inovasi pemain ‘murah’ dengan fungsi dan ciri-ciri yang sama dengan McIntoch sebagai contoh. Bila Pioneer memperkenalkan DEH-P80RS, dunia SQ tidak lagi sama di mana sudah ramai yang mampu memiliki sistem SQ sendiri bergantung pada bajet kombinasi speaker yang bagaimana dimahukan.

Kita tidak akan fokuskan pada pemain utama kerana sudah tentulah ia pemain yang paling banyak mendapat liputan dalam majalah ini. Kereta ini milik kedai aksesori Kaki Kereta yang bertempat di Subang Jaya. Walaupun kedengaran installer ini seperti sebuah bengkel menaiktaraf enjin, sebenarnya Kaki Kereta merupakan kedai aksesori yang juga merupakan pengedar bertauliah produk German Maestro.

Jerman memang negara yang berteknologi tinggi. Dari keretapi laju ICE hingga ke skuter, Jerman ada segalanya. Produk German Maestro ini juga bukanlah gimik semata-mata. German Maestro memang diperbuat di Jerman dan tidak ada kilang lain yang menghasilkan produk yang mengkhusus kepada kelas audio untuk SQ ini. Jika anda gabungkan dua kuasa teknologi dunia Jepun dan Jerman, hasilnya umpama Perang Dunia Kedua!

Pemain utama DEH-P80RS tadi menghalakan keluaran isyaratnya kepada amplifier German Maestro AB4.85.10 dan amplifier German Maestro D1.1000.10. Boleh pening dibuatnya bila tengok banyak nombor siri begitu. Tapi realitinya, produk German Maestro memang dikod begitu dan tidak dinafikan, saya juga sering keliru. Amplifier pertama tadi ialah unit 4 channel berkuasa 185 watt RMS dan amplifier kedua pula menampung sejumlah 300RMS. Ya, ia adalah amplifier monoblok.

Ini adalah pembinaan sistem SQ tulen di mana penggunaan speaker dihadkan kepada satu frekuensi untuk satu speaker sahaja. Mid 6” pada panel pintu dan tweeter pada pillar tersebut merupakan unit aktif individu yang datang dari satu kotak. Ia adalah pakej yang dikhususkan untuk pemain aktif (atau dengan pemproses luaran) yang mana nisbah akustik bunyinya telah dilaras sesuai untuk keduanya. Siri ini dikenali dengan kod SV-6509 dan mengikut pihak Kaki Kereta, ia adalah antara set aktif yang paling banyak terjual berikutan harganya yang menarik dan kualiti bunyi yang mampu dihasilkan.

Kelebihan City ini juga boleh dirujuk kepada posisi woofernya yang dipasangkan di bahagian kick panel penumpang hadapan. Ini bukanlah lokasi yang anda mahu bagi sebuah sedan kompak kerana banyak fakta negatif berbanding positif. Tidak ramai yang berjaya menempatkan sub di sini dengan sempurna dan mampu bertahan lama.

Untuk memastikan woofer mendapat ruang secukupnya untuk memendam bunyi dan melepaskan gelombang yang ditala, kakitangan di Kaki Kereta telah mengukur sebaik mungkin agar magnet belakang dan kon woofer SW8009 ini mendapat kelegaan secukupnya. Proses buka-pasangnya dibuat beberapa kali untuk mendapatkan posisi yang ideal. Pemasangan dalam kotak kayu ini ditebat dengan PVC, gam yang kukuh dan platform yang cukup tebal untuk memastikan hanya frekuensi yang dikehendaki sahaja yang diekstrak keluar darinya.

Ini adalah pembinaan tipikal sistem audio SQ yang rutin. Bukan bilangan speaker yang menjadi taruhan. Teknik pemasangan, pendawaian dan penalaan yang menentukan hasil akhir bagaimana yang kita mahu. Bilangan speaker kadang-kadang boleh menipu minda. Sebab itu orang selalu kata, kadang-kadang sedikit itu lebih baik!

Previous Post

Awasi Keadaan Lampu Kereta

Next Post

Bergaya, tahan lama, mudah dijaga dan selesa

Next Post

Bergaya, tahan lama, mudah dijaga dan selesa

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved