
Berbekalkan pengalaman dan juga kemahiran, sebuah lagi pusat pemasangan menawarkan perkhidmatan yang pastinya membuatkan para pelanggan berpuas hati. Itu adalah misi utama pemilik Express Motion Audio Air-Cond & Accessories Centre yang berlokasi di Kluang, Johor Darul Takzim.

Dianggotai tenaga kerja berpengalaman serta berkemahiran tinggi, Express Motion beroperasi dari hari Isnin sehingga Sabtu, bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 7.00 malam. Selain menjual produk aksesori audio kereta dari jenama terbaik dan diyakini seperti Mdntoish dan Kenwood, Express Motion turut menawarkan perkhidmatan pemasangan dan penalaan sistem audio mengikut kesesuaian serta citarasa para pelanggan.

Bukan itu sahaja, Express Motion juga sedia berkhidmat dan membantu para pelanggan dalam membuat pilihan tepat khususnya untuk sistem audio kereta. Di samping itu, Express Motion juga menyediakan perkhidmatan lain seperti servis penghawa dingin.

Jika berminat untuk mendapatkan perkhidmatan di Express Motion Audio Air-Cond & Accessories Centre ini, anda boleh menelefon terlebih dahulu atau datang terus tanpa sebarang temu janji kerana warga kerja di sini sentiasa mengalu-alukan kedatangan para pelanggan.
Express Motion Audio Air-Cond & Accessories Centre
No. 29, Jalan Lada Hitam,
Taman Makmur,
86000 Kluang,
Johor Darul Ta’zim
No Tel : 012-700 7977 / 07 – 773 9043


























