Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Jentera dengan Keharmonian Yang Membelai

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-02-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bukan tiada, tetapi jarang. Berbanding luar negara khususnya negara-negara Eropah dan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, pemasangan sistem audio lengkap pada sebuah kenderaan pickup bukanlah sesuatu yang baru. Pastinya pembaca yang sudah terbiasa dengan pameran atau autoshow luar negara bersetuju. Lebih hebat lagi, pemasangan ini pula diikuti dengan modifikasi lengkap sehingga mengubah secara total keadaan pickup itu sendiri.

Apabila pemasangan dan modifikasi yang sama datang dari Malaysia, maka anggaplah ia satu percubaan yang sangat berani. Benarlah bagai dikata, untuk menarik perhatian atau viral, anda hanya ada dua pilihan. Sama ada berani atau pun bodoh. Ternyata, pemasangan sistem audio pada Mitsubishi Triton ini bukanlah sesuatu yang bodoh tetapi berani dan semestinya bijak!

Sebelum Triton, terdapat beberapa kenderaan pickup sama yang mengisi ruangan show off ini. Sebagaimana yang dikatakan awal tadi, bukannya tiada tetapi jarang. Bezanya pula dengan kenderaan pickup kali ini, ianya dipasangkan dan dilengkapkan dengan sistem audio SQ 3-way! Percaya atau tidak?

Sebagai kereta yang dibina untuk tujuan demo, perkara paling utama yang sentiasa menjadi keutamaan adalah kesempurnaan. Begitu juga halnya dengan Mitsubishi Triton ini. Membina sistem audio talaan SPL tidak menjadi masalah bagi kenderaan seperti ini. Ditambah pula dengan kelebihan yang seringkala ada pada setiap kenderaan SPL, semuanya haruslah besar! Dalam bahasa mudahnya, gegar dan gempak. Ia boleh dibantu dengan modifikasi pelik dengan penambahan bilangan woofer yang banyak. Dan di sini, kita dihidangkan dengan sebuah Triton yang dilengkapi dengan sistem audio talaan SQ 3-way. Ya, diulang. SQ 3-way.

Pemasangan audio seumpama ini pada kereta kompak atau sedan biasa, belum tentu dapat mencapai SQ yang sebenar. Inikan pula sebuah kenderaan pickup? Lebih memeranjatkan lagi, Triton ini berjaya membuktikan kehebatan dan keupayaan sistem SQ yang dipikulnya apabila seringkali mendapat kemenangan di mana-mana pertandingan yang disertainya termasuklah pertandingan audio berprestij EMMA. Apa rahsia di sebalik kecemerlangannya? Ya. Teknik pemasangan dan juga produk audio yang tepat. Dalam kes Triton ini, jenama audio yang digunakan adalah hampir seluruhnya dari Mercury dan Alpine.

Ringkas tetapi cukup sempurna. Dimulakan dengan pemain cemerlang dari Alpine, IVA-D800E, ia membaca data dan menghantar isyarat dengan lancar. Namun, demi memastikan ia lebih sempurna, installer Top Change Car Audio telah memadankan pemain ini dengan pemproses digital Alpine PXA-H800 sebelum dihantar pula kepada 2 unit amplifier Mercury K4S. Boleh dikatakan, dari sehalus-halus bunyi pun boleh didengar dengan jelas. Begitulah telitinya installer ini dalam membangunkan sebuah sistem audio yang hebat.

Sistem audio ini diteruskan lagi dengan pemasangan unit-unit speaker yang membentuk kepada sistem penalaan SQ 3-way. Seunit mid bass dan tweeter diletakkan berhampiran di kedua-dua belah bahagian. Di mana tweeter ditanamkan pada tiang A dan mid range pula ditempatkan secara custom di dashboard. Tujuannya mudah, untuk mendapatkan staging yang tepat. Ini diikuti pula dengan seunit mid bass yang dilekatkan pada panel pintu di kiri dan kanan kereta sekaligus melengkapkan sistem 3-way tadi. Kesemua speaker ini pula adalah dari Mercury Competition 2. Oh, belum selesai lagi. Masih ada bahagian penting dan mustahil tidak dipedulikan.

Melengkapkan sistem ini secara keseluruhannya pula adalah woofer 10” Mercury Maxx 10, yang dipacu oleh seunit amplifier Mercury K4S yang berkongsi kuasa dengan 2 unit mid bass tadi. Manakala baki seunit amplifier lagi digunakan untuk memacu tweeter dan mid range yang telah disebutkan lebih awal. Apa yang menariknya, susunan yang dibuat dibahagian penumpang di belakang.

Bagi menempatkan woofer dan amplifier, installer dengan sengaja mencabut sebuah kerusi dan menggantikannya dengan perumah khas untuk meletakkan seunit woofer. Di bahagian yang sama, 2 unit amplifier tadi ditanam dan disimpan di dalam perumah yang ditutup dengan gelas akrilik. Mempercantikan lagi bahagian ini adalah lampu LED yang dipasang di sekelilingnya. Ringkas, menarik dan sistem audionya pula, memang tip top. Jadi, tidak hairanlah sebuah pickup mampu membawa sistem SQ 3-way yang sangat harmoni bunyinya. Setuju?

 

Previous Post

CPURT Event Management Bersama PAKBOSS & The Geng Himpunkan Peminat Permotoran Di Melaka

Next Post

Acara Kereta Modifikasi Indoor Terbesar di Malaysia

Next Post

Acara Kereta Modifikasi Indoor Terbesar di Malaysia

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved