Mungkin tidak segah kereta-kereta audio lain tetapi minatnya tidak boleh dipandang rendah. Pemilik kereta ini, Cheng tidak pernah patah semangat dan terus berusaha untuk mendapatkan audio yang diidamkannya. Bermula sekadar mencuba, sehinggalah beliau serius menyertai pertandingan dan beberapa kali berjaya muncul sebagai pemenang.

Beliau memilih talaan SPL kerana baginya, ia menjadi suntikan semangat dan mampu memenuhi kepuasannya dalam bermain audio. Sejak mula mengenali audio, dia terus jatuh cinta dan kemenangan di pertandingan disertainya menjadi bonus untuk segala usaha yang dilakukannya selama ini. Dulu, beliau sering menyertai pertandingan dan boleh dikatakan sebagai penyeri. Sekarang tidak pasti pula…

Nama
Cheng Tuck Yeow
Kereta Pertama
Perodua Kancil
Kereta Impian
Toyota Caldina
Kereta
Perodua Kancil

Head Unit
Eclipse CD 1000
Amplifier
– 1 unit amplifier 4 channel Bluepunk BP-802
– 2 unit amplifier monoblock RDS
Speaker
– 2 biji mid bass 6” RDS
– 2 biji mid bass 6” Stream
– 2 biji horn tweeter
Woofer
– 4 biji woofer 12” RDS
Setting
SPL

Kos Modifikasi
RM30,000
Kenangan Pahit
Langgar Kereta
Kenangan Manis
Menang pertandingan audioshow
Lokasi Impian
Jerman
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Sejak tengok audioshow
Pendorong
Keluarga
Kelab
Team Pro






















