Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Jangan Pandang Aku Sebelah Mata!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-04
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bermain I.C.E bukan sekadar suka-suka. Bukan juga sekadar menunjuk tahap kemampuan seseorang memiliki sistem yang gah dan dahsyat tahap dewa-dewa. Sebaliknya ia berkenaan minat yang mendalam. Kecintaan yang sukar diungkap dalam kata-kata tetapi diluahkan melalui pelaksanaan. Kecintaan itu juga dikenali sebagai kegilaan. Kegilaan yang memerlukan perancangan. Perancangan dari segala segi, khususnya duit yang bakal membakar sistem ‘berhantu’ untuk menguasai segala punca kepuasan hati.

Dalam misi mencari bunyi yang diingini, ada masanya memerlukan pengorbanan. Pengorbanan! Duit dan kereta. Kalau sudah dilabelkan sebagai kegilaan, maka modifikasi yang dilakukan mustahil hanya sekali. Apa yang anda dapat dengan hanya sekali proses modifikasi? Head unit baru? Jentera speaker asas? Atau binaan struktur lengkap sebagai syarat bergelar seorang peminat I.C.E? Sekali lagi ditanyakan, cukup lengkapkah hanya dengan sekali modifikasi?

Tidak. Rata-rata pecinta I.C.E melakukan modifikasi lebih dari sekali. Buktinya, kereta yang dimiliki oleh saudara Fandy ini. Beberapa bulan lepas, gambar kereta ini telah kami ambil. Ketika itu, Kancil ini hanya mengangkut 2 unit woofer. Lihat! Dalam beberapa bulan sahaja, Fandy menambah lagi bilangan pada woofernya. Bukankah itu dinamakan kegilaan? Gila kepada kesempurnaan. Selagi tak puas hati, selagi itulah pengubahsuaian akan dilakukan.

Rasanya tak salah kalau mengorbankan duit untuk sesuatu yang digelar minat dan hobi. Bukannya dihabiskan kepada perkara keji seperti judi haram atau sebagainya. Isteri di rumah pun tak boleh nak bising-bising, sebab bukannya main kayu tiga. Agak pelik juga kalau mereka cemburu dan kata main I.C.E bagaikan main kayu tiga. Cemburu tak bertempat tu. Tidak kurang juga, ada para isteri yang amat memahami minat suami tercinta. Ya. Tuah si Fandy, si isteri sentiasa menyokong.

Bila ada sokongan isteri tersayang, lebih mudah bagi si suami memenuhkan impiannya. Pasti ramai iri hati melihat isian jentera I.C.E pada kereta Kancil yang comel ini. Sarat dengan hiasan sticker di dinding luarannya, menggambarkan suasana paduan I.C.E di dalamnya. Bukan calang-calang jenama yang dipilih Fandy bagi mendapatkan bunyi yang diidamkan. Semuanya mempunyai kualiti dan reputasi tersendiri. Bermula dengan jenama JVC sebagai pemain utama hinggalah ke barisan woofer Beyma di bahagian ruang tempat letak barang!

Lupakan seketika pengaruh dan anggapan tipikal tentang kesempurnaan yang dibawa Pioneer. Hakikatnya, ada banyak jenama lain yang bagus di pasaran tetapi hidup di bawah bayangan jenama ini. JVC juga tidak terkecuali menerima cengkaman pengaruh Pioneer. Dengan kelebihan memainkan format MP3, pemain utama JVC KD-SH909R didatangkan dengan ciri-ciri penuh AV Mobile Multimedia. Lebih menarik lagi, ianya turut memakai amplifier MOSFET binaan-dalam!

Setelah data diproses dan dibaca, isyarat yang terhasil dari pemain utama ini akan dipancarkan pula kepada peringkat yang seterusnya. Dalam binaan sistem I.C.E kereta Kancil ini, isyarat tersebut akan diagihkan pula kepada dua unit pre-amp. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama tetapi bertugas untuk memacukan isyarat mengikut keperluan tertentu. Unit pre-amp pertama ialah pre-amp 7 band RDS 7008 yang mengalirkan isyarat kepada 2 unit amplifier Agako sebelum dialirkan pula untuk memacu 4 unit woofer 15” Beyma.

Mungkin ada yang kurang mengenali jenama Beyma ini. Secara dasarnya, jenama ini sudahpun bertapak dalam dunia audio lebih 40 tahun. Beyma terkenal dengan sistem audio PA atau lebih tepat lagi, sistem audio yntuk persembahan pentas. Pasti para pembaca masih ingat, sebelum ini ada beberapa lagi pemilik kereta I.C.E yang mempunyai speaker PA sistem dalam kereta mereka. Jadi, kereta Kancil Fandy ini turut tergolong dalam kumpulan ini. Apa kelebihan speaker PA sistem? Kurang getaran dan lebih pukulan. Itulah yang dimaklumkan saudara Fandy kepada saya.

Manakala seunit lagi pre-amp adalah dari jenama SP Audio yang mengalirkan isyarat kepada 2 unit amplifier. 1 unit amplifier MTX MX-B4C76 digunakan untuk memacu 4 unit mid bass 6” MTX dan 2 unit mid bass 6” Black General. 2 unit tweeter dari jenama Beyma melengkapkan senarai speaker yang menganggotai sistem I.C.E talaan SPL ini. Kedua-dua tweeter ini dipacukan pula oleh amplifier jenama Hunter yang diletakkan di bawah tempat duduk.

Demi untuk memastikan kuasa yang diperlukan mencukupi, saudara Fandy menggunakan 1 unit power capasitor B-52 2.0 farad. Malah, beliau turut menambahkan kuasa pada suara yang terhasil dengan menggunakan seunit pit controller jenama Swiss Audio. Dalam masa yang sama, pit controller ini boleh mengelak dari berlakunya kebakaran ke atas amplifier dan menjaga level yang mahu digunakan. Bukankah sudah dikatakan awal tadi, peminat I.C.E perlu mempunyai kecintaan yang tinggi. Kalau nak harapkan minat semata-mata tanpa perancangan, mahu meletup sistem I.C.E dibuatnya. Setuju?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 16

Previous Post

Sederhana Tapi Tetap Sempurna

Next Post

Tanpa Perubahan Harga, RM124.8K

Next Post

Tanpa Perubahan Harga, RM124.8K

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved