Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Jangan Hanya Pandang Luaran Sahaja

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-13
in SHOW OFF, UTAMA
0

Pengamal mahupun peminat dunia audio kereta beranggapan pemasangan sistem SQ adalah lebih rumit berbanding sistem talaan SPL. Isu ini masih lagi menjadi perbincangan dan perdebatan hangat. Antara pendapat yang berpihak kepada sistem talaan SQ, pemasangan ke atas sistem ini memerlukan ketelitian bagi memastikan bunyi yang dimahukan dapat dicapai. Manakala pemasangan SPL pula lebih cenderung kepada kebulatan dan kesepaduan bunyi bass yang mudah dicapai dengan penambahan seberapa banyak ‘agen’ bass seperti woofer.

Agak kurang adil jika ia dibandingkan hanya dengan cara pemasangan semata-mata. Secara kasarnya, penggunaan woofer yang banyak adalah bonus untuk mendapatkan bass yang mampu memukul sistem dengan kuat tetapi ia tidak cukup sekiranya bunyi yang dihasilkan kosong. Macam tin kosong. Bunyi kuat dari gugusan tin-tin kosong tetapi menyakitkan dan jelas kelompangan pada bunyinya. Menang pada bunyi tidak bermakna tanpa pengisian bunyi itu sendiri dan tugas untuk mengisi kekosongan ini memerlukan kemahiran installer.

Berbalik kepada pemasangan sistem talaan SQ yang dikatakan sukar di awal tadi. Memang tidak dinafikan. Malah, ada antara pemilik kereta sanggup berbelanja puluhan dan tidak kurang juga ratusan ribu demi mendapatkan bunyi yang diingini. Sukar atau tidak, sebenarnya terletak kepada citarasa setiap individu itu sendiri yang ternyata berbeza-beza. Bagi mencapai bunyi yang diinginkan, adalah amat penting kerjasama dijalinkan antara installer dan pemilik kereta. Persefahaman, kunci utama pembinaan sistem audio sebegini.

Sebagaimana yang dapat dilihat pada Kia Optima K5 ini, dibina dengan kelengkapan audio dari jenama Ground Zero dan Audison, bunyi yang dihasilkan pula sangat halus. Tidak melampau sekiranya saya katakan, bunyi jarum jatuh yang terakam juga boleh didengar menerusi sistem ini. Sehalus itulah bunyi yang mampu digambarkan untuk sistem audio yang dipasangkan pada Kia Optima K5 yang telah menjalani kerja modifikasi audio oleh Cool Tint Specialist & Car Audio Accessories yang beroperasi di Puchong, Selangor.

Bagi installer seperti Cool Tint, membina sistem audio bukan semata-mata sebagai kerjaya tetapi juga kepuasan diri dalam memperkasakan kemahiran sedia ada. Walaupun segala keputusan diserahkan terletak kepada pemilik, tetapi installer turut bertanggungjawab menentukan apa yang terbaik agar tiada cela dalam proses transformasi. Begitu juga dalam proses pembinaan sistem audio Optima K5 ini di mana installer memilih aksesori audio dari jenama berbeza dan menjadikan Alpine sebagai nadi menghidupkan sistem ini.

Pemilihan pemain utama yang tepat menjadi kunci kepada sistem audio SQ yang cemerlang. Lazimnya, ramai installer dan peminat audio memilih jenama Pioneer tetapi jenama lain tidak kurang hebatnya. Alpine menerusi pemain X800U bukan sahaja memperhalusi setiap data malah, ia turut dilengkapi pelbagai perisian lain seperti sistem navigasi dan paling penting, memberikan pilihan meluas dalam penalaan sistem bunyi yang mudah serta penalaan karakter bass menerusi BassEngine SQ untuk jenis muzik yang berbeza. Mudah bukan?

Tidak cukup dengan itu, installer menggunakan pemproses bunyi digital PXA-H800 yang dikenali kerana reputasinya ‘mengeluarkan’ keaslian bunyi dari amplifier, speaker dan juga woofer. Ia mengawal bunyi sebelum isyarat dihantar ke amplifier, menyingkirkan bunyi gangguan yang tidak diingini. Pemproses ini juga seringkali menjadi pilihan kepada pemilik kereta yang mahu mengekalkan pemain stok yang didatangkan terus dari kilang tetapi sayang untuk membuangnya. Pemproses ini didatangkan dengan kawalannya, RUX-C800.

Bergerak dari titik ini, isyarat tadi dibahagikan pula kepada dua unit amplifier 4 channel GZPA Reference 4 dari Ground Zero. Dua unit amplifier ini sudah cukup untuk memacu speaker-speaker yang digunakan untuk membina talaan SQ 3 hala. Unit pertama amplifier ini digunakan untuk memacu 2 jenis speaker yang bertugas untuk berlainan fungsi. Menggunakan dua set komponen dari Audison Thesis K3 Orchestra, seunit mid range dan seunit tweeter dipasangkan di tiang A di kedua-dua belah dengan mengambilkira kedudukan yang tepat untuk staging yang sempurna apabila bunyi berpadu dengan mid bass 6” dari set komponen yang sama.

Dipasangkan di kedua-dua belah panel pintu, mid bass ini dipacu pula oleh unit amplifier 4 channel yang kedua. Unit amplifier yang sama turut ditugaskan untuk memacu seunit woofer 12” Ground Zero, GZ1W 300W. Seunit sudah cukup untuk memberikan keseimbangan untuk disepadukan dengan bunyi yang dihasilkan oleh speaker-speaker tadi dan sekaligus melengkapi sistem SQ 3 hala ini. Apabila sistem ini mula dimainkan, anda pasti teruja dengan keharmonian yang dihasilkan. Buktinya, sistem yang mewakili Optima K5 ini berjaya mencuri tempat di pertandingan MACE dan menduduki tempat kedua. Hebat bukan?

Sebagaimana kereta-kereta yang dipasangkan dengan sistem talaan SQ, Optima K5 ini cukup kemas dengan penyusunan yang cukup sederhana. Biar sederhana, yang penting objektif pembinaan sistem audio ini dicapai. Mungkin, ia sudah cukup tetapi saya percaya, sebagai pencinta audio yang tegar, perkataan cukup itu sendiri tidak pernah wujud. Mana tahu, mungkin dalam sikit hari lagi, pemilik mahu melakukan perubahan. Perubahan yang tentunya lebih hebat dan cemerlang dari yang ini.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 63

Previous Post

Nipis, Ringan Dan Lebih Kuasa

Next Post

Teaser Ditayangkan Di Media, Bakal Muncul 17 November Ini!

Next Post

Teaser Ditayangkan Di Media, Bakal Muncul 17 November Ini!

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved