Bertempat di TT Brothers Car Accessories di Puchong, telah berlangsungnya program “Proton X50, X70 and S70 Car Club Gathering Car Audio & Performance” . Bermula dari pukul 10.00 pagi dan berlanjutan sehingga pukul 6.00 petang, program ini menyaksikan kehadiran ramai pemilik Proton yang bersemangat untuk berkongsi pengalaman serta meningkatkan prestasi dan sistem audio kereta masing-masing.
Para peserta program turut menerima cenderahati eksklusif serta hidangan ringan dan minuman yang disediakan oleh pihak penganjur. Suasana program amat meriah dengan interaksi yang aktif antara pemilik kereta dan pihak penganjur. Tidak ketinggalan, sesi Cabutan Bertuah turut diadakan dengan pelbagai hadiah menarik.
Dalam program ini, TT Brothers Car Accessories turut menawarkan tiga pakej eksklusif Rainbow Full Set Plug & Play untuk model Proton dengan harga menarik:
Proton X70: RM3938
Proton X50 (Flagship): RM3478
Proton X50 (Standard/Executive Premium): RM3278
Pakej-pakej ini direka khas untuk memberikan pengalaman audio yang hebat dan kemudahan pemasangan melalui sistem plug & play. Ini membolehkan para peserta menikmati kualiti bunyi yang jernih dan berkualiti tinggi dengan mudah.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan juga para pemilik yang memeriahkan lagi penganjuran program ini. Semoga semua pihak mendapat manfaat dan pengalaman yang memuaskan dari program ini.