Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Inspirasi Untuk Terus Maju Dalam Dunia Audio!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-30
in SHOW OFF, UTAMA
0

Rakyat Malaysia teruja setiap kali nama Harimau Malaya disebut. Bukti kehebatan barisan anak muda yang mengharumkan nama negara di persada dunia sukan bolasepak. Kegemilangan ditempa pasukan ini adalah kesinambungan perjuangan barisan pemain terdahulu, semenjak sebelum terbentuknya Malaysia. Disebabkan itu, ia dikenali sebagai ‘Malaya’. Melahirkan nama-nama besar seperti Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Soh Chin Aun dan R. Arumugam, Harimau Malaya digeruni dan muncul sebagai pasukan terhandal Asia.

Seakan dibius, Harimau Malaya merudum dan dipersenda sebagai pasukan belasahan. Para peminat mula memberatkan bolasepak liga antarabangsa. Tersungkurnya pasukan Garuda (Indonesia) dibaham sang harimau, menghidupkan kembali sukan bolasepak Malaysia sekaligus mencetuskan fenomena apabila ia menjadi kegilaan termasuklah pemilik Honda Accord yang mengangkat Harimau Malaya sebagai tema kereta kesayangannya.

Menjadikan kebangkitan dan semangat juang Harimau Malaya sebagai inspirasi, membuatkan kereta milik Anderson Alfred ini tampak garang dengan hiasan belang-belang sang harimau diiringi sistem audio yang bersedia mengaum pada bila-bila masa sahaja. Namun, adakah ia mampu membuat pihak lawan gerun?

Pelbagai cara digunakan untuk menawan pihak lawan. Kalau bukan fizikal, perang psikologi adalah antara yang paling berkesan. Apa yang dapat dilihat di sini sangat jelas, Accord dengan tema Harimau Malaya ini hampir berjaya menyerang dari sudut psikologi tetapi bagaimana pula dengan kualiti audio?

Perkara paling penting untuk sebuah kereta audio adalah sistem ICE yang hebat. Adakalanya, jenama tidak begitu penting jika installer bijak menggunakan helah dalam menzahirkan bunyi seperti yang diingini. Melihatkan kereta ini dilengkapi Bazoka dan Mix Audio, saya berharap keajaiban berlaku dengan sentuhan magis installer pilihan Alfred, Advance Motor Accessories.

Maaf, bukan skeptikal tetapi dengan set Bazoka dan Mix Audio membuatkan saya sedikit goyah. Dua jenama ini masih belum mampu mencari identiti sendiri dan ada masanya ia mengelirukan kerana mirip dengan dua lagi jenama sedia ada di pasaran. Untuk itu, fokus penilaian ditumpukan seratus peratus kepada sudut pemasangan. Harap kali ini, saya silap dalam menilai dua jenama ini.

Advans Motor Accessories bijak menyusun strategi dalam pemasangan sistem audio untuk Accord ini. Bagi mengetuai dan memastikan kelancaran sistem ICE secara keseluruhannya, Pioneer menjadi pilihan. Pemilihan Pioneer bukan sesuatu yang pelik kerana prestasi setiap pemainnya sukar dipersoalkan. Tambahan pula, pemain seperti 3050MP siri DEH yang didatangkan dengan kuasa 4 saluran dipasangkan dalam kereta ini.

Data atau isyarat yang diproses pemain utama disalurkan kepada crossover Prokick XO-324. Penggunaan crossover dianggap tidak penting untuk sesetengah pengamal audio. Namun, ada yang merasakan penggunaan crossover dapat mengagihkan frekuensi tinggi kepada barisan tweeter dan frekuensi rendah kepada woofer dengan tepat. Ia juga mengasingkan frekuensi rendah dari tweeter. Melihatkan barisan speaker yang ada dalam Harimau Malaya ini, penggunaan crossover adalah tepat dan bijak. Bagaimana dengan hasilnya? Tunggu!

Setelah melalui proses penapisan oleh crossover, isyarat diagihkan kepada 4 unit amplifier mengikut jumlah diperlukan. 3 unit amplifier 4 channel Bazoka BA-B4C29 bertugas memacu speaker yang mana 2 unit darinya digunakan untuk memacu 8 unit mid bass 6” MX-602 dan 8 unit tweeter Mix Audio. 6 unit mid bass dari keseluruhan 8 unit tadi, dipasangkan di bahagian dalam kereta. 4 unit dipasangkan di bahagian panel pintu hadapan dan belakang. Baki 2 unit mid bass diletakkan di bahagian atas tempat duduk belakang. Kesemua 6 unit ini ditemani tweeter bagi keseimbangan frekuensi tinggi dan rendah. Bunyi yang dihasilkan, cukup mampat!

Pasti anda tertanya-tanya, mana lagi 2 unit mid bass dan 2 unit tweeter yang dipacu amplifier 4 channel tadi? Inilah helah installer. 2 unit mid bass dan tweeter ini sengaja dipasangkan di bahagian but belakang, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mid bass dan tweeter di bahagian ini kepada 6 unit. Manakala 4 unit mid bass dan tweeter yang sedia ada di bahagian ini dipacu seunit amplifier 4 channel Bazoka BA-B4C29. Amplifier ini juga memacu 2 unit bullet tweeter Bazoka yang turut dipasang di bahagian but ini.

Sebagai melengkapi sistem ICE Harimau Malaya ini, 2 unit woofer 12” Bazoka BA-1200 dipasangkan dan dipacu seunit amplifier monoblock Bazoka BA-4003D. Seunit monitor dipasang, sesuai dipertontonkan di medan tempur. Daya kreativiti turut diluahkan installer. Ini dapat dilihat pada perumah woofer binaan akrilik yang turut digunakan sebagai penutup amplifier yang ditanam di bahagian tempat simpanan tayar. Kredit harus diberikan kepada kekemasan susun atur dan padanan kosmetik yang digunakan. Sangat menarik.

Installer sekali lagi muncul sebagai hero dengan helah yang berjaya memukau deria pendengaran. Hmm, tahniah Harimau Malaya! Mengaumlah sepuasnya…

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 31

Previous Post

Protes Atau Sekadar Raih Publisiti Di Youtube?

Next Post

Serba Serbi Baru, Macam Pandu Kereta Keluar Dari Kilang!

Next Post

Serba Serbi Baru, Macam Pandu Kereta Keluar Dari Kilang!

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved