Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Honda Malaysia Kekal Kedudukan Dengan Tiga Model Paling Laris; City, City Hatchback & HR-V

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2023-01-06
in BULETIN, UTAMA
0

Sebanyak lebih 80,200 unit telah terjual sepanjang tahun 2022, Honda Malaysia sekali lagi berjaya mencapai sasaran jualan iaitu sebanyak 80,000 unit. Syarikat tersebut juga menyaksikan peningkatan 51% berbanding jualan keseluruhan tahun 2021.Pencapaian cemerlang ini turut membolehkan Honda Malaysia kekal sebagai pengeluar kereta No. 1 Bukan Nasional untuk sembilan tahun berturut-turut sejak tahun 2014 dan Mac mencatatkan jualan tertinggi dengan jualan sebanyak 10,500 unit.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Hironobu Yoshimura mengatakan bahawa tahun 2022 merupakan tahun yang mencabar di mana kekurangan bekalan cip secara global diikuti bencana banjir yang memberikan kesan terhadap pengeluaran kereta. Honda Malaysia meningkatkan lagi strategi pada tahun 2022 dan berjaya mengatasi sasaran jualan dengan sokongan para pemegang saham.

Honda Malaysia meluahkan penghargaan khususnya kepada para pelanggan serta wakil-wakil pengedar yang tidak pernah jemu memberi sokongan terhadap jenama Honda. Begitu juga dengan bantuan yang disediakan kerajaan Malaysia dengan lanjutan pengecualian cukai jualan. Honda sangat menghargai para pelanggannya dan ingin terus memberikan perkhidmatan yang mampu memenuhi kepuasan hati mereka terutamanya kepada mereka yang menempah kereta semasa tempoh pengecualian cukai jualan tempoh hari.

Bagi makluman, prestasi jualan sepanjang tahun 2022 ini datangnya dari pelancaran Civic yang diadakan pada bulan Januari tahun lalu. Meningkatkan lagi keterujaan dalam pasaran, Honda Malaysia sekali lagi melancarkan model lain pula iaitu HR-V pada bulan Julai yang telah mempertingkatkan satu tahap lebih tinggi untuk segmen SUV Kompak sekali gus menjadi salah satu model yang menyumbangkan jualan tertinggi. Ini diikuti pula dengan pelancaran Civic e:HEV RS pada bulan November dan menerima sambutan sangat mengujakan dari pasaran.

Kereta Honda paling laris dalam tahun 2022 datangnya dari model segmen-B, City yang menyumbangkan sebanyak 36% untuk jualan keseluruhan syarikat. Selain itu, City Hatchback dan HR-V tersenarai dalam tiga paling laris dengan jualan keseluruhan masing-masing pada 20% dan 14%. Bagi jualan mengikut kawasan pula, bahagian pusat mencatatkan sumbangan tertinggi iaitu 51%, diikuti bahagian Selatan dan Utara masing-masing dengan 19% dan 17%.

Previous Post

Perancangan Yang Betul, Perodua Mampu Mengatasi Pelbagai Cabaran

Next Post

Kolaborasi Shell Dan Porsche, Menghubungkan Tiga Negara!

Next Post

Kolaborasi Shell Dan Porsche, Menghubungkan Tiga Negara!

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved