Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Honda Civic Gen-11 Diperkenalkan Di Amerika Syarikat

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-05-01
in BULETIN, UTAMA
0

Honda akhirnya mendedahkan model Civic sedan serba baharu di pasaran Amerika Syarikat. Dengan pelbagai penambahbaikan dari segi rekaan dan teknologi, Civic dilihat mampu untuk terus menjadi antara model terlaris Honda di pasaran tersebut. Seperti foto yang pernah dikongsikan sebelum ini, Civic generasi ke-11 kini tampil dengan rekaan yang lebih elegan. Honda juga kembali kepada falsafah reka bentuk yang menjadikan Civic pada tahun 1970-an sangat berjaya iaitu Man Maximum/Machine Minimum.

Reka bentuk
Falsafah rekaan itu membuatkan penampilan Civic kelihatan lebih ringkas dan ringan, pada masa yang sama membuatkannya semakin premium. Jadi, pasukan pereka bentuk Honda mengalihkan tiang A sedikit ke belakang sebanyak dua inci.

Ruang kabin
Pembaharuan dari segi rekaan semakin ketara apabila melangkah masuk ke dalam ruang kabin Civic. Jentera itu kini dilengkapi panel instrumen digital bersaiz 10.2 inci dan skrin infohibur sebesar 7 inci sebagai standard. Walaupun tidaklah yang paling besar dalam kelasnya, namun ia nyata lebih besar berbanding model terdahulu.

Pelanggan boleh memilih skrin infohibur bersaiz 9 inci yang lebih besar. Lebih menarik lagi, ia didatangkan dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta pengecasan tanpa wayat bagi varian Touring.

Berbeza dengan kereta moden lain yang memerlukan semua kawalan fungsi dibuat menerusi skrin sentuh, Civic bagaimanapun masih mengekalkan butang kawalan untuk pendingin hawa dan sistem audio. Buat pertama kalinya, sedan itu dipasang dengan sistem bunyi Bose bersama 12 unit pembesar suara.

Sekali pandang, susun atur papan pemuka Civic memang minimalis. Rekaannya juga nampak mewah dengan kemasan honeycomb yang merentasi papan pemuka, sekali gus menyembunyikan corong pendingin hawa. Bukan itu sahaja, posisi tempat duduk memastikan pemandu mempunyai pandangan jalan yang lebih jelas dan kurang refleksi pada cermin hadapan. Smentara cermin sisi diposisikan sedikit jauh daripada tiang A bagi mengurangkan titik buta.

Tipikal sebuah Honda, material dalaman dipilih agar lebih praktikal. Contohnya, material pada konsol tengah tidak akan meninggalkan cap jari seperti yang biasa berlaku pada kemasan piano black. Pemandu dan penumpang juga boleh mengharapkan ruang kepala, kaki dan bahu yang lebih luas.

Rangkaian kuasa
Civic mengekalkan dua enjin sebelum ini iaitu enjin aspirasi biasa bersesaran 2.0 liter berkuasa 158hp dan tork 187Nm, serta enjin 1.5 liter turbo. Cuma, enjin turbo berkenaan menerima talaan baharu untuk menjana 180hp dan tork 240Nm, naik 6hp dan 20Nm berbanding enjin pada Civic FC.

Transmisi CVT juga telah ditala semula untuk menawarkan pengalaman penukaran gear seperti kotak gear automatik konvensional. Malah, jika anda menekan brek, kotak gear CVT itu diprogram untuk turun ke gear rendah.

Seperti yang dijangka, Civic akan dilengkapi sistem kelsematan Honda SENSING dengan unit kamera baharu untuk menawarkan tahap pandangan lebih luas. Sementara naik taraf perisian baharu sistem berkenaan membolehkan pengesanan pejalan kaki, penunggang basikal dan kenderaan lain dibuat dengan lebih pantas.

Di Amerika, Civic yang dikilangkan di kilang Honda di Ontario Kanada akan mula dijual pada musim panas. Bagi pasaran Malaysia, dengar kata ia bakal dilancarkan pada tahun ini. Kita tunggu sahaja berita selanjutnya.

Sumber : Mekanika

Previous Post

KONA N Dilancarkan Di Peringkat Global

Next Post

TT Iftar Ramadan “Ini Hari Dia”

Next Post

TT Iftar Ramadan “Ini Hari Dia”

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved