Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Himpunan AEX11 Pelbagai Ragam, Mewarnai Regina Mall di Port Dickson

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2023-03-09
in BULETIN, UTAMA
0

Lebih 500 buah kereta Toyota Corolla (AE1XX) yang unik berjaya dihimpunkan dalam sebuah acara mega, diadakan pada 4 Mac lalu di Regina Mall, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bukan hanya tertumpu kepada kereta, acara ini juga menyediakan pelbagai aktiviti lain sekali gus memeriahkan lagi tapak acara.

Sebagaimana yang disebut awal tadi, kereta yang menyertai segmen Show Car ini terdiri daripada pelbagai gaya. Ada yang dikenakan dengan Euro Style, Wagon, Coupe, USDM, JDM dan tidak kurang juga, MDM. Kehadiran para peserta bukan sahaja dari Negeri Sembilan sendiri tetapi dari serata Malaysia.

Jika golongan dewasa berpeluang melepaskan gian dengan keunikan kereta masing-masing, golongan kanak-kanak yang hadir sama turut diraikan dengan aktiviti mewarna. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Tidak mustahil bila dewasa nanti, mereka juga yang bakal mewarnai dunia modifikasi kereta.

Kesungguhan pihak penganjur dan krew dalam memastikan acara berjalan lancar dapat dilihat menerusi jadual aktiviti yang padat termasuk menyediakan sebanyak lebih 100 hamper (bungkusan hadiah) untuk segmen Cabutan Bertuah. Sekitar pukul 5.30 petang, acara melabuhkan tirai dengan majlis penyampaian hadiah untuk Show Car. Pemenang bertuah Best Of The Best menjadi milik Acoi menerusi wagon AE101 miliknya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur, barisan krew yang membanting tulang dan juga barisan penaja dalam memastikan acara mega ini berjalan dengan lancar.

Previous Post

Jumlah Pengeluaran Dan Jualan Terkini Kekal Pada Kadar Dua Angka

Next Post

Shell Semai Keselamatan Jalan Raya Dengan Karnival

Next Post

Shell Semai Keselamatan Jalan Raya Dengan Karnival

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved