Minat asalnya mengubahsuai kereta dan menyertai pertandingan autoshow, Kamalrudin mula berminat memasang sistem audio ke atas kereta Proton Wira miliknya. Lebih sepuluh tahun lalu, Kamalrudin teruja dengan kepesatan dunia sukan permotoran yang melibatkan modifikasi kereta. Bagi menarik perhatian orang ramai dan pastinya barisan juri, bukan sahaja sudut performance yang perlu dijaga malah penampilan juga haruslah istimewa.
Sebagaimana yang sedia maklum, salah satu kriteria yang perlu ada untuk menjadi menang pertandingan autoshow semuanya perlu lengkap dan ini termasuk sistem audio. Bermula sebagai pelengkap kriteria, akhirnya Kamalrudin terjebak dan semakin serius dalam membina sistem audio. Beliau memilih konsep lautan atau lebih senang dipanggil aqua. Segala-galanya tentang laut dan paling comel adalah lukisan dolphin yang menghiasi kereta ini.
Ada sesiapa pernah lihat kereta Kamalrudin ini? Masih sama atau sudah bertukar tangan?
Nama
Kamalrudin B. Sani
Kereta Pertama
Toyota KE30
Kereta Impian
Ford Mustang
Kereta
Proton Wira 1.5 1998
Head Unit
JVC KD-SV3000
Amplifier
1 unit amplifier 2 channel Weconic VX-380, dan 1 unit amplifier 2 Channel MB Acoustics
Speaker
4 biji mid bass 6” Carspec
Woofer
2 biji woofer 12” JW Audio
Setting
SPL
Kenangan Pahit
Ayah Meninggal Dunia
Kenangan Manis
Isteri Bersalin Ketika Konvoi 31 Ogos
Lokasi Impian
Tokyo
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Sering terlibat dalam autoshow
Pendorong
Rakan kelab
Kelab
Pantera Motorclub