Perlumbaan Endurance 1000km Sepang (S1K) tahun 2021 kembali menghangatkan dunia perlumbaan pada 26 dan 27 November ini setelah setahun menyepi akibat pandemik Covid-19. ???? ??-??? ????? ?????? akan mengambil bahagian dengan menggunakan jentera Suzuki Swift dalam kategori MTC (Malaysia Touring Car) dan Suzuki Swift dalam kategori SP2 (S-Production 2).

Hujung minggu ini bakal menyaksikan ???? ??-??? ????? ?????? yang dipandu oleh Mitchell Cheah dan Brendan Anthony dalam kategori MTC. Manakala untuk kategori SP2 Suzuki Swift, pasukan ini akan diwakilkan oleh Bradley Anthony dan Alister Yoong. ???? ??-??? ????? ?????? telah menjalani siri ujian bersama jentera masing-masing dan bersedia memberi saingan dalam perlumbaan endurance S1K 2021 ini.

Jangan lupa untuk menyaksikan kehangatan perlumbaan selama 9-jam ini menerusi siaran langsung dari SIC Main Grandstand secara percuma. Anda juga boleh stream secara langsung menerusi HI-REV FB www.facebook.com/hirevjunction!
Jumpa anda di sana!












