Kalau diperhatikan dengan teliti, TMI VM180 ini asalnya dari Toyota MR2 yang telah dimodifikasi oleh Zagato. Dijual di Jepun oleh Toyota Modellista International (TMI), hanya 100 unit dibina dan salah satunya telah tersenarai untuk dijual menerusi portal Bingo.
Berbeza dengan penampilan Toyota MR2 yang tipikal, gaya unik bahagian eksterior VM180 Zagato ini jauh lebih menyerlah. Ciri-ciri yang mampu menarik minat ramai bermula dari bahagian hadapan, di mana penampilan kereta sport ini telah digantikan dengan fascia baharu. Kluster headlight pula lebih besar dengan salutan warna hijau yang menarik.
Bukan itu sahaja, bahagian bampar turut dilengkapi dengan pengambilan udara yang baharu berserta grill bespoke. MR2 sering memakai hood kereta yang lebih sporty. Kerja-kerja modifikasi Zagato diteruskan lagi di bahagian sisi kereta yang didatangkan dengan roda bersama kemasan krom, diikuti bahagian panel hadapan dan panel belakang yang unik.
Selain itu, bahagian belakang ini turut menjalani transformasi dengan kluster taillight dan disalutkan warna hujan untuk dipadankan dengan kluster headlight. Keunikan itu diteruskan lagi di bahagian kabin, di mana boleh menjumpai tempat duduk dengan sarung kulit warna hitam dan merah.
Walaupun tersenarai untuk dijual, tiada banyak maklumat yang diperolehi tetapi VM180 ini sudah dipandu sejauh 40,070km dan mempunyai hardtop MR2 yang boleh ditempah dari kilang. Terdapat beberapa perubahan kecil dilakukan di bahagian enjin yang mampu menguasakan sehingga 155 hp dan tork 131 lb-ft (178 Nm). Katanya lagi, kuasa dialirkan ke roda bahagian belakang menerusi transmisi SMT manual 5-kelajuan dari Toyota.
Sumber : Carscoops