
Bukan tak mahu pasang sistem audio tetapi berkira-kira tentang isu waranti. Itu antara isu utama kenapa ramai pasrah melayan speaker audio stok yang didatangkan dari kilang atau dalam bahasa yang mudah difahami, stok subsidi. Dengan sistem speaker dari Top Palace, semua itu bukan satu masalah.
Speaker plug & play khusus untuk model kereta keluaran Perodua dan Proton dari Top Palace, tak perlu pusing kepala memikirkan waranti. Speaker Top Palace didatangkan dengan kualiti yang baik sekaligus meningkatkan mutu audio dalam kereta. Lebih menarik lagi, jenama ini disyorkan oleh Jerry Lim, ketua juri untuk MACE Audio Competition Association dan juga Pengurus Pemasaran di Syarikat Minyak dan Gas.

Selain itu, apa yang bagus tentang speaker plug & play dari Top Palace ini untuk anda?
Sebagaimana yang disebut awal-awal tadi, speaker ini berfungsi secara plug & play tanpa memotong apa-apa wayar. Jadi, kerisauan tentang isu waranti boleh tolak tepi. Kerja-kerja pemasangan pula mengambil masa hanya dalam 30 minit. Jika anda bercadang untuk membuat pemasangan sendiri, boleh rujuk cara pemasangan dengan 10 langkah yang mudah seperti di bawah;

1 – Tanggalkan penutup plastik di bahagian atas serta buka skru penutup pemegang pintu dan bukan penutup tersebut.
2 – Dengan menggunakan alat pembuka panel, selitkan di bawah panel suis dan tarik ke atas sehingga terbuka
3 – Tanggalkan sambungan wayar di antara panel suis dan suis tingkap kuasa.
4 – Buka skru pengikat di antara pintu dan panel pintu
5 – Tarik panel pintu dari bawah hingga ke atas. Kemudian, tarik ke atas untuk menanggalkan panel pintu sepenuhnya
6 – Pasang semula soket OEM pada soket speaker Top Palace
7 – Letakkan Tweeter di sudut papan pemuka
8 – Pasang soket biru pada soket speaker komponen
9 – Ikat semula ketiga-tiga skru speaker untuk mengukuhkan kedudukannya
10 – Pasang semula panel pintu, sambung semula soket tingkap kuasa dan pasang semula panel pada trim pintu
Pemasangan mid bass 6.5” Top Palace yang menggantikan speaker stok kilang di panel pintu memberikan respons bass yang lebih padu. Begitu juga dengan penambahan dome tweeter 20mm pada dashboard yang meningkatkan ‘sound stage’ di mana suara penyanyi lebih kedengaran serta frekuensi tinggi dapat didengar dengan lebih jelas dari tweeter. Begitu juga dengan penggantian speaker coaxial 6.5” Top Palace di pintu belakang di mana frekuensi tinggi dan respons dipertingkatkan.
Bagi makluman, sempena Promosi Tawaran Pelancaran Produk Baharu Top Palace, set TP-PD6.1 dan TP-PD6.2 ini masing-masing dijual pada harga hanya RM780. Harga yang cukup berbaloi dan berpatutan. Jadi, rebut peluang ini dan beli sekarang sementara promosi masih ada!

Speaker Komponen 2-Way TP-PD6.2
Spesifikasi
Saiz : 6.5”
Kuasa maksima : 100rms
Sensitiviti : 90dB @ 1W 1M

Silk Dome Tweeter
Spesifikasi
Saiz : 20mm
* kon polipropilena kalis air

Speaker Coaxial 2-Way TP-PD6.1
Spesifikasi
Saiz : 6.5”
Kuasa maksima : 100 watt rpm
Sensitiviti : 90dB @ 1W 1M
* dome tweeter keras 13mm
* kon polipropilena kalis air
* magnet ferrite yang besar dan kuat
* kerangka nilon tahan lama dan tahan suhu tinggi
Ketahui maklumat lanjut produk keluaran Top Palace dengan hubungi;
Rion Marketing Sdn Bhd
19, Lorong Temenggung 17
Off Jalan Sg. Jati,
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel / Whatsapp: 010 – 213 6865 (Adam)
Facebook : https://www.facebook.com/ASCMalaysia/
Website : https://www.amerion.com.my


















