Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Go Baby, Go!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-06
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bayangkan anda sedang tenang memandu, diiringi lagu-lagu mengasyikkan. Semua lenyap sebaik sahaja kenderaan anda dipintas sebuah kenderaan. Bila diamati, rupa-rupanya ia sebuah kenderaan salah satu stesen radio yang sedang bertugas. Tidak dinafikan, peluang terserempak skuad deejay bersiaran dari luar tidak akan datang berulang kali. Jadi adakah anda akan ikut atau biarkan saja?

Mungkin anda tidak berminat kerana peluang terserempak skuad ini boleh terjadi bila-bila sahaja, tetapi mustahil untuk bertemu sebuah skuad dengan kenderaan yang membawa studio dalam kenderaan. Bukan studio yang tipikal, membosankan dan berselirat wayar. Sebaliknya studio yang ‘cool’, urban, bergaya dan menarik. Ya, ianya OZ Radio Babycruiser, milik sebuah stesen radio dari seberang!

Seperti skuad radio Malaysia, OZ Radio juga mempromosikan stesen mereka dengan cara sama untuk merapatkan jurang antara penyampai radio dan pendengar. Lebih menarik lagi, Toyota Alphard ini telah menerima sentuhan klasik installer terkenal, saudara Erwin Kosasih. Transformasi yang dilakukan memudahkan kerja-kerja siaran langsung dari luar untuk pelbagai acara seperti konsert dan sebagainya.

Dengan modifikasi yang dilakukan, kerja-kerja siaran langsung dari luar mampu dilakukan oleh 2 orang krew sahaja dari stesen radio OZ, malah ianya ternyata amat mudah dikendali dan mesra pengguna. Toyota Alphard ini juga sengaja dihias cantik supaya dapat menangkap perhatian mata-mata yang memandang.

Talaan yang dikenakan pula adalah SPL terbuka (Open air SPL) bagi memancing perhatian ramai walaupun dalam jarak jauh. Ia menggunakan pengukuran yang cukup teliti dengan mengambil kira keadaan sekeliling. Untuk tujuan ini, saudara Erwin menggunakan Eurorack Behringer Digital EQ merangkap processor dan DSP isyarat serta Mixer Behringer Digital Eurorack 6 saluran, untuk menyambung dual wireless Shure Microphone. Peralatan ini (Pro Audio / Public Address) biasa digunakan untuk studio rakaman pro dan kegunaan umum.

Slot enclosure untuk SPL ini direka untuk tampak estetik, dan juga memberikan ruang untuk SPL menyerlahkan kehebatan yang paling maksima tanpa merosakkan kualiti suara serta enak didengar. Penggunaan 4 woofer koil suara Venom 4012X adalah untuk memastikan output efisien yang boleh dicapai oleh 2 amplifier monoblock. Pemasangan 5 set, 5.5” Venom VX5B Separates berhampiran enclosure woofer adalah untuk ketinggian ‘crisp’ dan bunyi mid range.

Monitor 32” LG TV dipasang di tengah-tengah bahagian simpanan barang, bersama-sama dengan pemain DVD LG yang boleh dikendalikan dari bahagian tengah tempat duduk penumpang. Sejumlah 4 amplifier Venom termasuklah 2 unit amplifier monoblock VD 2600 S, 1 unit amplifier 4 channel Venom V1000.4 dan 1 unit amplifier 2 channel Venom V1200 yang memacu speaker Venom coxial VX6X. Khas untuk pengetahuan anda, Venom merupakan jenama audio yang amat berpengaruh dan terkenal di Indonesia.

Berbalik semula kepada jentera audio, baki kuasa dibekalkan pula oleh Phoenix Gold 120 amp alternator, 2 unit Venom Farad Capacitor Bank, 2 sel kering bateri Amaron, 0 AWG kabel kuasa, kuasa 4000 watts untuk TV LCD dan peralatan Behringer pro, sistem penyiaran mudah-alih dan generator AC untuk kegunaan alat kawalan.

Manakala pemain utama yang digunakan pula adalah dari jenama Sony, MEX DV 2000 dengan input pemain DVD/MP3. Selain itu, monitor indash 7” jenama Caska 1206 turut digunakan. 7” monitor roof dan monitor 2 din telah dipasang pada papan pemuka untuk sistem pengawasan. Speaker di bahagian pintu juga telah ditukar kepada Venom VX6B 6.5”.

RCA tambahan dan kabel isyarat koxial turut disediakan untuk sistem audio pro yang akan disambungkan juga secara selaras kepada input kenderaan-kenderaan lain. Ini dapat memastikan sistem bunyi dimainkan secara serentak melalui sumber yang sama. Kabel input tambahan juga turut dibekalkan untuk penyambungan kepada Ipods dan juga CD.

Secara tidak langsung, anda dapat membaca bagaimana studio penyiaran berfungsi. Namun, kalau anda ingin membina studio penyiaran sendiri dalam kenderaan anda, mungkin mustahil. Kalau anda masih tetap menginginkannya, mungkin anda perlu membuat pendaftaran dan mendapatkan permit dari pihak berkuasa terlebih dahulu.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 11

Previous Post

Sistem Audio Dengan Bunyi Yang Lebih Menyenangkan

Next Post

Sebuah Kereta Dengan Pakej Lengkap

Next Post

Sebuah Kereta Dengan Pakej Lengkap

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved