Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Gimik Api Yang Menjadi!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-03-18
in SHOW OFF, UTAMA
0

Apa yang anda fikir bila melihat naga dan asap? Ditambah pula dengan bunyi yang menggegarkan, seolah-olah gabungan naga dan asap itu bagaikan hidup. Anda pasti gerun, bukan? Namun itulah bukti kreativiti yang ada pada Asri, menjadikan kereta Proton Saga miliknya tampak unik berbanding kereta-kereta lain.

Asri gemar meluangkan masa di MRR2 bersama rakan-rakan yang sekepala, melayan muzik techno kegemarannya dengan sistem audio SPL. Sekali-sekala beliau juga mencuba split fire keretanya yang dimodifikasi. Jangan terkejut! Api dari ekzos itu cuma gimik untuk keretanya sahaja. Menarik tentang kereta Asri yang jarang didapati dari kereta lain, beliau menggunakan make up VIP di bahagian dalam kereta yang disaluti kain dari jenama Versace.Pengubahsuaian yang dibuat untuk struktur kereta sahaja memakan belanja kira-kira RM 3,000.

Asri yang bekerja di salah sebuah syarikat pengiklanan di Bangsar telah melabur sebanyak RM6,000 untuk modifikasi sistem audionya. Apa yang menarik tentang Asri adalah, minatnya yang mendalam terhadap ICE ini turut dikongsi bersama pasangannya. Memang jarang terjadi tetapi itulah tuah badan Asri kerana mendapat pasangan yang begitu memahami. Bagi memastikan hasil sistem audionya mencapai tahap yang diinginkannya, beliau telah memilih Pro Auto Accessories sebagai installer yang membuat pelarasan dan penalaan audio keretanya.

Alang-alang sudah menjalankan modifikasi dan ternyata memenuhi kepuasannya, Asri menyertai pula pertandingan ICE di sekitar Lembah Klang. Beliau juga menyertai kelab Team Pro dan Saga Iswara. Menurut Asri, minat yang dimilikinya bukanlah satu pembaziran. Duit lebih yang ada tidak salah sekiranya digunakan untuk menunaikan impian. Beliau tidak pernah menyesal mengeluarkan modal yang tinggi semata-mata untuk memenuhi tuntutan minatnya. Apa yang penting, minat tersebut memberi kepuasan maksimum.

Anda juga pasti setuju dengan pemilihan setiap produk Asri bagi memenuhi sistem audio keretanya yang ideal. Lihat saja pada pemain utama pilihannya, iaitu Eclipse CD5405, berkebolehan untuk memainkan format audio cd dengan baik. Isyarat pemain utama tersebut seterusnya diproses dengan 1 unit amplifier 4 channel dari Pro Kick F1-504, dipasang untuk mengendalikan komponen set Ameron di bahagian depan, sepasang midbass Ameron AM615 bersaiz 6 1/2 inci dan sepasang horn tweeter dari jenama Ameron yang terletak di bahagian but belakang.

Bagi memacu 2 unit woofer single voice coil dari jenama Hard Rock City bersaiz 12 inci yang terletak di but kereta, 1 unit Amplifier monoblock dari jenama Pro Kick DG240 telah dipasang. Akhir sekali kapasitor base 2.5 farad dipasang sebagai salah satu medium untuk menstabilkan elektrik dan memastikan kesemua unit menerima arus kuasa yang stabil.

Menurut Asri lagi, “kecantikkan sesuatu produk itu tidak penting, kerana apa yang penting adalah kualiti dan hasil yang diperolehi. Belanja lebih sikit pun tak mengapa janji hasilnya memuaskan hati.”

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 2

Previous Post

Lengkap Dengan Mesin Asap Dan Lampu-Lampu Disko

Next Post

Diam-Diam Ubi Berisi, Dalam Diam Kereta Penuh Isi

Next Post

Diam-Diam Ubi Berisi, Dalam Diam Kereta Penuh Isi

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved