Kelab Komuniti Geng Alza Biru Malaysia yang dikenali sebagai GABM telah didaftarkan pada 28 Januari 2018 secara rasminya di bawah ROS. GABM adalah gabungan 14 negeri bermula dari pantai timur, utara, selatan central serta Sabah dan Sarawak. Setiap negeri telah melantik State Leader (SL) dan Asistant State Leader(ASL) bagi tujuan membantu Pihak Induk GABM dari segi pendaftaran dan memperkenalkan GABM. Sehingga kini, GABM mempunyai ahli seramai 1680 orang dari seluruh Malaysia


Matlamat GABM adalah untuk mengumpul ahli yang terdiri daripada pengguna dan pemilik Perodua Alza Biru. Pihak GABM berharap dengan adanya ahli-ahli ini dapat mengukuhkan semangat persahabatan dalam dunia permotoran dengan menganjurkan pelbagai aktiviti. Selain dari itu, GABM juga terlibat dalam kerja- kerja amal, bersukan serta riadah bersama ahli-ahli serta keluarga bagi mengukuhkan ukhwah dan setakat hari ini, pelbagai aktiviti serta program telah dijalankan.


Terbaru, GABM telah mengadakan Terjah Amal Family Day & AGM 1.0 yang berlangsung di Kampar, Perak dan diadakan pada 27 Oktober 2019 lalu. Tujuan terjah amal ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim serta persahabatan di antara ahli-ahli GABM dari seluruh Malaysia. Program ini berjalan lancar dan selesai dengan jayanya. Program ini diadakan pada hari tersebut adalah untuk pembubaran MT & AMT yang sedia ada dan melantik MT baru bagi tempoh tahun 2020-2022. Seramai 7 orang dilantik secara rasminya pada hari tersebut.


Program pada hari tersebut juga turut meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Soleha, Air Papan Tanjung Tualang Perak. Seramai 40 orang anak-anak yatim terlibat berumur dari 5 tahun sehingga 17 tahun dan turut dihadiri 8 orang pengiring dari rumah anak yatim tersebut. GABM menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai, hamper dan makanan asas serta keperluan lain kepada rumah anak-anak yatim terlibat.


Pihak GABM juga mendapat tajaan dari beberapa pihak termasuk penaja utama, Perodua, Refarm, Type One Bar, Sky Active Argo, Budak Kereta Geng Kita, Grounding Cable Utara, Media Motorsport, Geng Kelab Kereta Utara, Top A Electrical Specialist, Kaki Kereta, Agard, MG3 Club, KarangKraf, AFCM, Kar HiFi, Eleven A Automart Sdn Bhd (TAKA), Advantech Aluminium, Syuk Aluminium Enterprise, Jiwa Motorsport dan Naz Medan Resources. Turut terlibat secara langsung pada hari tersebut adalah pihak PDRM yang membantu menjaga lalulintas bagi melancarkan perjalanan konvoi. Pihak GABM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


Majlis Tertinggi GABM 2020 – 2022
Mohd Daud Bin Abdullah
Nama Panggilan : Tn Haji
No ID GABM: GABM 002
Negeri : KL dan Putrajaya
Jawatan : Pengerusi
Muhamad Firdaus Bin Ismail
Nama Panggilan : Tora-Tora
No ID GABM: GABM 122
Negeri : Johor
Timbalan Pengerusi
Mutaza Fakhri Bin Mat Jaludin
Nama Panggilan : Apex
No ID GABM: GABM 049
Negeri : Perak
Naib Pengerusi
Azira Binti Azlan
Nama Panggilan : Cik Eryn
No ID GABM: GABM 1037
Negeri : KL dan Putrajaya
Setiausaha
Mahadhar Bin Stapah @ Salleh
Nama Panggilan : Madhar
No ID GABM: GABM 600
Negeri : Selangor
Timbalan Setiausaha
Ahmad Razawahir Bin Mat Wajer
Nama Panggilan : Wahir
No ID GABM: GABM 400
Negeri : Selangor
Bendahari
Badrull Amin Bin Hamzah
Nama Panggilan : BAD
No ID GABM: GABM 003
Negeri : Negeri Sembilan
Timbalan Bendahari
* Gab Nothern yang terdiri daripada 4 negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak turut bergabung bagi menjayakan penganjuran program kali ini. Kepada pengguna Alza Biru, tak kira berada di mana sahaja yang ingin menjadi ahli GABM, boleh menghubungi AMT Negeri seperti di bawah atau layari Facebook GABM; GABM (Geng Alza Biru Malaysia) & G.A.B Malaysia.
Sebarang pertanyaan atau kemasukan ahli baru, sila whatsapp;
012 – 735 0027 (Syuk) atau 016 – 708 6056 (Bad – AMT Northern).











































