Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah mengumumkan kempen Ganjaran Hebat Nissan sempena pengumuman pengecualian cukai jualan kenderaan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini. Menerusi kempen ini, Nissan menawarkan pelbagai ganjaran hebat seperti promosi khas dengan program pembayaran fleksibel, aksesori menawan dan juga pakej penyelengaraan.
Kini, anda boleh memiliki All New Nissan Almera 1.0L Turbo yang didatangkan dengan pakej aksesori urban yang bernilai sehingga RM5,500 serta tawaran pembayaran fleksibel mampu bayar sebanyak RM530 sebulan. Sementara itu, program pemilikan penjawat awam menawarkan All New Nissan Almera 1.0L Turbo VL varian dengan harga permulaan dari RM71,906 sahaja.
Selain itu, Nissan Navara 4×4 2.5 Turbo Double-Cab Pick Up dengan rekaan terbaharu yang lebih radikal didatangkan bersama pelbagai teknologi terbaik serta terkini termasuk Nissan Intelligent Mobility yang membantu pemandu juga sistem keselamatan dikemaskini. Ia juga menawarkan pembayaran fleksibel bermula dari RM960 sebulan.
Tidak ketinggalan, Nissan X-Trail dan juga Serena S-Hybrid menampilkan beberapa ciri menarik. Kini, Nissan X-Trail didatangkan bersama IMPUL atau pakej aksesori Tambahan Aero yang bernilai sehingga RM5,600 beserta pembayaran fleksibel dari RM1,020 sebulan. Manakala untuk Serena S-Hybrid didatangkan dengan servis penyelenggaraan percuma termasuk alat-alat ganti dan juga caj buruh serta pembayaran fleksibel dari RM1,080 sebulan.