Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Gah Di Jalan Raya, Berkumandang Ke Angkasaraya

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-06
in SHOW OFF, UTAMA
0


Satu perkara harus diakui tentang pembikin sistem audio di luar adalah kehebatan kerja tangan dan kegilaan daya kreativiti dalam mentransformasi kereta mahupun sistem audio. Salah satu negara yang sememangnya hebat dengan kerja-kerja sebegini pastinya jiran serumpun; Thailand.

Ia bukan topik yang perlu diperbahas dengan panjang lebar malah Kar HiFi sendiri tidak berminat melaga pencinta audio kerana tujuannya hanyalah mencabar pencinta audio tanahair menyaingi atau sekurang-kurangnya menyamai standard pencinta audio di sana. Antara installer yang mendapat sambutan di negara Siam ini; Rocket Sound dan Honda CRV ini adalah salah hasil sentuhan emasnya.

Baru menjalani proses pemasangan sistem audio yang diharapkan mampu menggegar dunia audio, Honda CRV ini kelihatan sangat biasa sepertimana kereta CRV lain yang memenuhi jalanraya. Yang membezakannya adalah kehadiran pelekat Rocket Sound. Belum mencatatkan sebarang kemenangan kerana ia bakal mencatatkan kejayaan dalam sedikit masa lagi. Maklumlah, baru sahaja menjalani proses penalaan sistem sound quality!

Sebagaimana lazimnya, CRV ini tidak menerima modifikasi ekstrem dari sudut binaan sebaliknya ia lebih menjurus kepada kualiti penghasilan bunyi yang sempurna. Ini dibuktikan dengan penggunaan jenama kelas premium yang dikatakan menelan belanja yang banyak. Bermula dari pemain utama dari Pioneer; AVH-P8450BT, ia dibantu pula pemproses bunyi digital DSP 6to8 dari Mosconi. Di sinilah bermulanya pemprosesan bunyi yang sangat serius sebelum isyarat diproses dialirkan pula kepada 2 unit amplifier.

Meneruskan kecemerlangan bunyi diproses tadi adalah 2 unit amplifier dari jenama kelas premium buatan Itali; Mosconi. Seunit amplifier 4 channel digunakan untuk memacu 2 unit mid bass 6” Gladen Zero 165 yang dipasangkan di kedua-dua belah panel pintu serta dua unit tweeter Gladen yang diletakkan di penjuru dashboard bagi menyempurnakan staging di bahagian kokpit hadapan ini.

Seunit woofer 10” Gladen 10 Pro, dipacu secara khusus seunit amplifier 2 channel Mosconi AS200.2. Rocket Sound turut menitikberatkan hiburan visual; dua monitor dipasangkan di bahagiam headrest. Secara keseluruhannya, CRV ini memiliki tergolong dalam kategori elit. Namun, keputusan terakhir hanya diketahui sekiranya ia mampu memukau para hakim yang sememangnya sangat teliti dan cerewet belaka!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 46

Previous Post

Bersama MAM Peringkat Negeri Perak 2020

Next Post

Kualiti Yang Tiada Kompromi

Next Post

Kualiti Yang Tiada Kompromi

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved