Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Gabungan Yang Sporty Dan Classy

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-04
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kereta Proton Satria merupakan nostalgia bagi diri saya. Ia adalah kereta pertama yang saya beli sewaktu mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan pada tahun 1997. Saya membeli model terpakai tahun 1995 dengan nombor pendaftaran belakang di bawah pada harga RM38 ribu. Teknologinya sangat mundur, tiada tingkap kuasa atau stereng kuasa, tiada pelaras cermin sisi dan enjin 1.3 megavalvenya masih disuapkan dengan karburetor. Namun sebuah kereta baru rata-ratanya berada pada harga yang jauh lebih tinggi, malah Civic yang berusia 7-8 tahun pun belum dapat pada harga Satria baru, maka hatchback ini mendapat tempat di hati anak muda sebagai pengiktirafan kereta sports yang paling murah untuk dimiliki.

Ketika itu juga tiada pinjaman 7 atau 9 tahun. Bayaran balik maksimum pada 5 tahun dan membuatkan lebih perit ialah kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank sekitar 6-7 peratus. Memang sangat mahal dan saya juga terpaksa mengikat perut semata-mata menyara kereta ini. Pelik tapi benar bahawa Proton menjual kereta keluarannya pada harga murah memang tidak boleh disangkal kerana pada hari ini, walaupun dengan teknologi yang semakin maju, Satria Neo dijual pada harga yang lebih murah dari versi Proton Satria 1.6 pada tahun 1996.

Pada standard hari ini pun, Satria masih lagi sebuah kereta sporty. Tidak hairanlah ia terus popular diubahsuai dengan pelbagai cara. Jika anda meminati sistem audio, kereta ini menawarkan saiz yang sederhana besar. Anda tidak perlu buat dua sistem (external dan internal) kerana saiz hatch tersebut telah membantu dari sudut sebaran bunyi dalaman. Maksudnya, jika diletakkan seunit woofer, dentumannya sudah cukup untuk menghiburkan pemandu dan penumpang.

Namun sebuah sahaja tentulah tidak cukup bagi mereka yang betul-betul serius membina kereta untuk keseronokan. Sewaktu berkunjung ke Kedah tempohari, kami turut menemui sebuah Satria emas yang bukan sahaja kemas, malah sistem bunyinya agak bagus untuk satu jenama yang jarang sekali dapat kita lihat pada hari ini. MTX Audio.

Sistem pada Satria ini telah dibina berdasarkan pelbagai pengubahsuaian. Malah menurut pemiliknya, beberapa hari lagi, beliau ingin mencuba sistem dari jenama lain pula. Kedengaran pelik tetapi, sebuah sistem yang digunakan selama beberapa tahun dalam dunia audio biasanya akan ditukar. Kadangkala bukannya disebabkan kualiti bunyi, tetapi pemilik mahukan dekorasi dan setting yang berbeza.

Pemain JVC KD-SV3105 dipilih menerajui sistem. Asalnya, sistem kereta ini dibuat dengan visual kerana pemain ini berkemampuan memainkan VCD (juga MP3 dan WMA). Namun kerana minat pemilik yang lebih cenderung pada sistem bunyi, sistem visual diketepikan.

Pemain ini disambungkan kepada pre-amp Adams Digital. Proses bunyi dipecahkan kepada 4 unit amplifier yang berbeza untuk kategori gelombang bunyi yang berlainan. Channel pertama dihalakan kepada amplifier MTX Audio Thunder 100.4 yang menguasakan empat unit mid dan empat tweeter. Mid pula dipilih dari dua saiz yang berbeza iaitu 2 unit 6 inci dan 2 unit lagi bersaiz 5 inci. Tweeter yang dipasang juga berbeza di mana 2 unit jenis dome manakala 2 unit lagi merupakan coaxial yang masih berupaya menghasilkan gelombang mid menerusi rekaan 2-way padanya.

Pemasangan dalam but kereta ini memang amat kemas dan menarik perhatian saya. Sepasang woofer 12 inci tersebut dipasang secara konvensional dengan kon menghadap luar sementara sepasang lagi woofer MTX Audio Thunder 8500 yang sama diterbalikkan untuk menghasilkan gelombang ‘reverse’ yang lebih padu. Kedua-dua woofer ini digerakkan oleh amplifier yang berbeza iaitu amplifier monoblock MTX dan amplifier monoblock Tomahawk. Bunyinya? Cukuplah kalau saya katakan ia memekak jika lagu pub dipasangkan tetapi masih lagi dapat dihayati ‘kedalaman’ efek bass bila lagi R&B dimainkan.

Duduk dalam kabin kereta nyata tidak menghampakan. Di sebalik panel pintu ialah speaker komponen MTX 6 inci yang sama seperti di bahagian butnya. Cuma, unit ini didatangkan dengan crossover pasif untuk memotong frekuensi yang mana tweeternya diletakkan di sudut kiri dan kanan papan pemuka. Bagi memacu semua speaker ini, tugas diserahkan pula kepada amplifier Aline model AL-2DO2R. Sebaik sahaja kesemua pintu ditutup rapat, volume dilaras pada level 30 dan lagu Numb Linkin Park dimainkan, rasa macam nak terus bawa kereta saya untuk diupgrade sebegini!

Selain sistem audio, kereta ini juga dimodifikasi ringan dengan sport rim 15, bodykit custom dan dipasangkan dengan sunroof. Warna emas yang dilayangkan padanya memang sesuai untuk sebuah kereta kompak hatchback begini.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 12

Previous Post

Nampak Segak, Kemas Dan Mantap!

Next Post

Sederhana Tapi Tetap Sempurna

Next Post

Sederhana Tapi Tetap Sempurna

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved