Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Gabungan SQ Premium Pada Kos Sederhana

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-01-08
in SHOW OFF, UTAMA
0


Kerja lapangan seperti sesi fotografi, temuramah dan juga bertemu pelanggan adalah perkara yang paling menyeronokkan. Setidak-tidaknya pada saya yang memang tidak boleh duduk lama dalam pejabat. Sebab itu jugalah, saya lebih gemar mengikut jurugambar ke mana-mana tugasan kerana banyak yang boleh dipelajari dari kerja lapangan ini. Selain menimba ilmu benda-benda baru, kita juga dapat berjumpa pelbagai jenis orang dengan pelbagai ragam.

Ah Wai atau nama sebenarnya Ng Kok Wea merupakan bos besar bagi syarikat audio Dream Wheels Audio di Aman Suria. Bersesuaian dengan namanya, premis ini bukanlah kedai audio Ah Beng yang menjual lampu LED dan memasang tinted sahaja. Ia sebuah kedai audio pakar dalam meningkatkan keupayaan khasnya tentang SQ. Sudah agak lama saya tidak turun ke padang dan bertemu Ah Wai. Jadi, peluang yang ada ini sempat juga saya bertanya umur sebenarnya. Baru 30 tahun! Usia semuda ini dengan kejayaan sebesar ini? Hebat!

Walaupun kehidupan hariannya berkisar tentang pengalaman memasang audio pada kereta-kereta premium seperti Porsche, Ferrari, Aston Martin, Lamborghini, Maserati dan Hummer, satu perkara yang saya betul-betul hormati tentang dirinya. Ah Wai seorang yang peramah, walaupun baru bertemu untuk kali pertama. Orangnya bertubuh kecil, gaya percakapannya tidak langsung menggambarkannya sebagai seorang tauke besar. Saya telah berjumpa berbagai-bagai jenis orang dalam industri ini. Ada yang pakar tetapi tidak cukup peramah, ada yang buat-buat pakar dan sombong. Tapi Ah Wai antara segelintir usahawan hari ini yang amat bagus cara komunikasinya. Tidak hairanlah beliau berjaya ‘menarik’ banyak kereta mewah masuk ke premisnya.

“Ia bukan tentang keuntungan semata-mata, bisnes ni perlukan kesungguhan, khidmat pelanggan dan servis lepas jualan yang baik. Yang penting, niat kena betul, jangan rosakkan kepercayaan orang,” ujar Ah Wai.

Ringkas tetapi padat maksudnya. Sekali lagi saya terpaksa terima hakikat bahawa beliau memang seorang yang sempoi. Ini kerana hanya beberapa langkah dari premisnya terletak sebuah pakar audio yang sangat terkenal di Lembah Klang!

Menjadikan perniagaan sebagai hobi dan minat adalah perkara yang semua orang inginkan. Lihat sahaja kepada Camry miliknya ini yang berkisarkan tentang produk demonstrasi Pegasus, Trans dan Flux. Saya rasa Flux mungkin sebuah jenama yang kita tahu, salah satu jenama premium dan merupakan buatan Jerman. Manakala Pegasus dan Trans pula mungkin kedengaran baru atau mungkin produk yang kurang dikenali.

Benar Pegasus dan Trans bukanlah seperti Audison atau Focal. Pegasus merupakan pengeluar audio yang berpusat di Amerika Syarikat dengan naungan kumpulan Toptone yang mana merupakan pembekal OEM sejak 1964. Pegasus bergabung dengan Toptone untuk melahirkan produk ICE pada harga yang mampu dimiliki. Bukan premium tetapi kualitinya memang boleh diharap.

Apa juga jenama yang dipilih, ia sangat bergantung kepada pemain utama yang bagus. Sebab itu juga Ah Wai memilih pemain aktif yang dipercayai, apa lagi kalau bukan Pioneer P90RS. Untuk memastikan isyarat ini dapat diagihkan dengan jitu ke semua amplifier, beliau turut memasangkan senjata untuk P90 iaitu pre-amp DEQ-P90. Ia adalah pemproses isyarat digital khusus untuk pemain P90RS. Gabungan ini ibarat Ducati 1198 dengan ekzos Termignoni.

Kereta ini dipadankan dengan sistem 3 hala yang menampilkan penggunaaan speaker Flux sebagai medium utama. Di bahagian pillar ialah tweeter Flux HT28R bersama mid range Flux Ti 3.5. Kedua-dua speaker ini dikuasakan oleh amplifier 4 channel Pegasus kelas AB model PGA50.4.

Amplifier yang sama turut digunakan untuk memandu mid bass yang dipasangkan di sebalik pintu hadapan Camry ini. Pemilihan speaker ini amat kritikal memandangkan ia menapis frekuensi sederhana dan rendah yang perlu tepat dalam sistem 3 hala. Speaker Flux TiR2 bersaiz 6.5” ini dipasangkan dengan set perumah rekaan khas memastikannya kedap udara dan menghasilkan momentum muzik paling baik.

Sistem SQ begini biasanya dipadankan dengan seunit woofer 12”. Ia sudah memadai untuk ‘menghantar’ bass tepat ke bahagian staging depan. Namun bagi projek Camry ini, corak pemasangan yang dipilih membuatkan bass lambat sampai dan lebih kuasa diperlukan. Ah Wai tidak mahu ia dipasangkan di bahagian belakang tempat duduk seperti biasa kerana memakan ruang, sebaliknya beliau memasang di bahagian hujung but.

Dek kerana saiz kereta yang panjang, memasang satu woofer sahaja menyebabkan bunyi menjadi ‘keras’, justeru beliau memilih dua woofer Pegasus PG25P2 yang dipasangkan kemas dalam kekotak custom di bahagian sisi. Kedua-dua unit woofer ini pula telah dipacu oleh seunit amplifier monoblock Trans. Semua peralatan dipasangkan dalam perumah khas dan dengan kombinasi ini, but Camry ini masih lagi berfungsi sebagai pengangkut barang. Malahan tayar gantinya senang dicapai ketika kecemasan.

Kelengkapan pada kereta ini adalah gabungan SQ yang boleh dianggap premium pada kos sederhana. Sebab itu juga ia dipercayai mampu untuk membuat orang berfikir bahawa SQ tidak semestinya berkenaan amplifier berbelas ribu ringgit dan speaker pada harga sebuah motosikal. Ia gabungan banyak perkara yang menghasilkan dinamik bunyi berkualiti tinggi.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 19

SONY DSC
Previous Post

Mengalakkan Pendigitalan Industri Kenderaan Terpakai Di Malaysia Timur Dengan Transformasi Cara Lama Penjualan

Next Post

Perhimpunan Sempena Penutup Tirai 2020 Yang Penuh Bermakna

Next Post

Perhimpunan Sempena Penutup Tirai 2020 Yang Penuh Bermakna

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved