Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Excellent In Sound

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-06-25
in SHOW OFF, UTAMA
0

Industri audio negara kita hari ini sama sekali berbeza sejak pertama kali saya membeli pemain kaset dengan penukar CD pada zaman 90-an dulu. Dunia hari ini sarat dengan kemajuan teknologi, menjadikan sistem audio semakin murah dibina. Sama seperti telefon selular yang merupakan ‘keperluan’, audio juga mengatasi aspek ‘kehendak’ dalam pasaran. Sebagai contoh, speaker komponen jenama Jepun kini boleh diperolehi pada harga suku dari jenama entah-apa-apa 10 tahun yang lalu.

Ia membuatkan ramai orang bergiat dalam industri audio. Sama ada secara langsung atau tidak, permainan ini menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Bila orang berbelanja, wang berputar dalam pasaran dan ekonomi semakin sihat. Tak tahulah sama ada ini sekadar menyedapkan hati atau tidak, tapi inilah hakikatnya. Setiap kali anda membeli, anda membayar untuk cukai jualan kepada negara, membantu industri kedai aksesori dari sudut upah pemasangan dan juga pola pemasaran secara keseluruhan.

Kecil pada saiz, tapi kereta ini besar dari sudut kuasa bunyinya. Semuanya hasil gabungan pemasangan, produk yang berkualiti dan juga penalaan yang tepat. Apa yang dilihat pada kereta ini sama dengan kualiti bunyi yang dihasilkannya. Tanpa membuang masa, kita lihat apakah peningkatan yang telah dilakukan pada kereta ini.

Sistem dimulakan dengan pemain cakera padat Pioneer DEH-7450SD. Tidak canggih, tapi boleh diharap. Kebanyakan pemain Pioneer biarpun pada barisan paling bawah mampu menjalankan tanggungjawab mereka tanpa sebarang kerenah. Harganya tidak mahal dan boleh dibeli hampir di mana sahaja. Jalan yang penting ialah pemasangan dan pemilihan produk amplifier dan speaker.

Pembahagian laluan dibuat lebih awal menerusi dua unit pre-amp Stellar SD5.1PQ. ia bertugas mengasingkan frekuensi sederhana dan tinggi serta frekuensi woofer. Jaringan yang dibuat juga cukup mudah dengan setiap darinya menghantar isyarat kuasa pada amplifier yang berbeza. Unit amplifier pertama ialah Stellar SD.3500DKR2 jenis monoblok kelas D yang bertugas memandu empat unit woofer 12” Stellar SD1200NPD.2. Sebelum isyarat dihantar kepada amplifier, terlebih dahulu seunit crossover SD2.3X digunakan untuk menetapkan jumlah frekuensi yang optimum dihantar kepada amplifier.

Penumpuan komponen bunyi sistem kereta ini tertakluk sepenuhnya di bahagian but belakang kereta. Anda nampak ‘gua’ yang dibina ke dalam di sudut pemasangan woofer itu? Itulah helah yang lazim dibuat untuk meningkatkan catatan desibel pada mesin ‘term lab’ ketika ujian SPL dijalankan. Praktiknya sama seperti memicit kepala paip getah yang mengalirkan air. Ia memberi lebih kesepaduan keluaran bunyi ketika woofer dihentam.

Bukan sekadar estetik tetapi pemasangan mid ‘diluar’ kelongsong woofer tadi mampu menghasilkan ketajaman bunyi yang ketara. Apa yang perlu dilakukan ialah melaras bunyi supaya jajaran masa keluaran mid dan vokal seiring dengan dendangan woofer untuk menghasilkan bunyi yang bertenaga dan jelas. Sebanyak enam unit mid digunakan yang terdiri daripada model SD6-DCC, dipasangkan di kedua-dua belah sisi. Kesemuanya dikuasakan oleh amplifier 4 channel Stellar SD460AB. Melengkapkan kombinasi sistem bunyi ini ialah empat unit horn tweeter SD25HTT yang dikuasakan oleh amplifier 2 channel Stellar SD275AB.

Gabungan sebuah kereta kecil dan sistem aduio kompak yang dibina semampat mungkin menghasilkan sistem mini SPL yang bagus. Pencapaian kereta ini belum lagi diukur di petak pertandingan tetapi dengan dengar-uji yang saya alami pada hari tersebut tidaklah menghampakan. Sukar untuk menentukan sejauhmana ia mampu mengatasi kereta SPL lain tetapi jika anda mahukan sebuah mesin yang dibina seronok-seronok pada hujung minggu. Inilah contohnya. Itupun jika anda tidak kisah jika ianya kereta Kelisa dengan 2 tempat duduk!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 32

Previous Post

Segala-galanya Di Hujung Jari, Perjalanan Lebih Mudah Sepanjang Hari

Next Post

Integra Type R Remuk Selepas Berjaya Dilelong!

Next Post

Integra Type R Remuk Selepas Berjaya Dilelong!

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved