Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Excellent Audison

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Membina sebuah sistem SQ yang baik seringkali mencetuskan isu. Beberapa hari lepas, saya berbual bersama seorang pengusaha audio yang terkenal di Lembah Kelang. Beliau mengeluh, bisnes semakin perlahan kebelakangan ini dan pasaran SQ premium seakan-akan terhenti. Antara sebab yang diketahui, pelanggan yang serius kebanyakannya ‘bosan’ dengan helah penjual yang tidak menjanjikan apa yang diharap pada caj premium. Ia adalah musibah dalam mana-mana industri. ‘Kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.

Namun di kalangan pencinta audio, tiada yang lebih memuaskan hati bila pelaburan yang dibuat dibayar dengan kelazatan halwa telinga. Namun mendapatkan hasil akhir itulah yang menjadi dilema. Membina sistem audio kereta bukan seperti di rumah yang lebih mudah talaannya. Dimensi ruang dan penebatan bunyi menjadikan sistem ICE ini sangat sukar.

Kesukaran itu juga melahirkan jurutera bijak yang mampu mengalahkan masalah ruang ini. Oh ya, saya bercakap tentang sistem SQ dan Camry yang dilihat ini adalah contoh muslihat dari kombinasi sistem yang bagus. Bagus bermakna duit, saya maksudkan duit yang banyak. Jika anda sekadar mahu mencuba-cuba lebih baik lupakan, kos membinanya mungkin sama harga dengan sebuah Suzuki Swift.

Rekabentuk sistem ini bermula dengan pemain Nakamichi CD-700II. Seingat saya, jarang benar anda dapat lihat pemain ini. Rekaannya old school, fungsinya kurang, tetapi kualitinya – memang terbaik di kalangan yang terbaik. Model ini adalah seangkatan dengan Eclipse CD8455, Clarion HXD2 dan mungkin MCintoch MX4000.

Memiliki pemain yang baik adalah langkah permulaan. Di Malaysia, pemain yang baik lazimnya berkisar tentang Pioneer ODR atau F1, mungkin sebab servis lepas jualan, atau mungkin kerana pasarannya memang bagus di sini. Lain-lain jenama kelihatannya macam susah cari makan. Kadang-kadang kalau difikirkan ada logiknya juga. Macamana jika anda berbelanja RM5000 untuk sebuah pemain CD tetapi bila rosak hanya boleh dibaiki selepas dihantar ke pusat servisnya di Jepun atau Singapura? Sudah tentu kecewa.

Camry ini melibatkan sistem aktif dengan unit pemproses Audison Bit One sebagai pemproses keduanya. Bit One adalah produk yang terbaik ada di pasaran Malaysia, lebih-lebih lagi jika anda bandingkan fungsi dengan harganya. Ia memang berbaloi dibeli jika anda seorang yang serius tentang talaan. Bit One mempunyai unit otak utama sebagai ECU dan juga modul kawalan ringkas dengan data yang boleh dibaca pada jajaran masa tepat.

Antara kelebihan Bit One ialah ia berupaya melaras apa sahaja. Dari frekuensi crossover, kepada lega permasaan untuk melaras staging. Jajaran masa yang dihasilkan oleh pembesar suara boleh dilaras pemasaanya mengikut posisi yang kita mahu. Lebih dari itu, pemasaan ini mudah kerana ia memiliki Real Time Analyzer (RTA) semasa kita menala equalizer. Maksudnya, setiap digit talaan frekuensi yang kita pilih, pemasaan antara speakernya adalah tepat, tanpa sebarang gangguan jajaran masa.

Itu cuma sebahagian kecil fungsi yang ada dalam sistem Camry ini. Pemproses yang bagus ini juga tidak memberi apa-apa maksud jika anda memilih speaker yang salah. Camry ini mengaplikasikan sistem tiga hala. Setakat yang saya tahu, jika talaan dan komponen audionya betul, ia adalah sistem paling enak didengar dimukabumi ini.

Pemilik kereta ini tidak mempunyai masalah kewangan langsung agaknya. Sistem tiga hala yang dipilih merupakan gandingan speaker dari Audison semuanya. Di bahagian pillar ialah speaker mid 3 inci Audison Voce dan tweeter Audison TH 1.5 Violino. Di bahagian panel pintu pula ialah mid bass Audison TH6.5 Sax.

Sistem audio Audison dipasarkan secara ‘pick n buy’, ia bergantung pada bajet dan ia boleh digandingkan dari beberapa siri speaker untuk membentuk sistem 3 hala yang kita kehendaki. Hampir kesemua produknya begitu dan speaker ini dihasilkan sepenuhnya di Itali, bukan di Rawang. Jadi harganya boleh dibandingkan dengan jam tangan Vacheron Constantin kerana saingannya – Rolex ibarat sebuah Kancil.

Corak pemasangan pada sistem ini dikendalikan oleh dua buah amplifier. Pertama ialah Audison LRX 5.1K yang membekalkan kuasa kepada sepasang Voce dan sepasang Violino. Satu lagi channel ditugaskan untuk menghentam woofer Audison TH10 Basso. Satu lagi amplifier ialah LRX 2 channel (2.9) yang memberi kuasa untuk speaker pintu 6.5 Sax tadi. Kemasan pendawaian begini bukanlah semudah yang disangka. Ia memerlukan jajaran kabel berkualiti tinggi dan yang paling penting, talaan yang cukup rumit yang hanya mampu dikendalikan oleh mereka yang pakar sahaja.

Bagaimana hasil akhirnya? Ia cukup lunak, jelas dan bunyi bass yang datang dari entah mana. Ia antara sistem teater rumah paling hampir pernah saya dengar. Memang berbaloi dengan wang yang dilaburkan!

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Previous Post

Sistem Perakam dalam Kereta dari Debezt

Next Post

Audiobank

Next Post

Audiobank

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved