Sebelum ini, KarHifi ada berkongsi tentang siri kelengkapan sistem audio dari Epsilon edaran Tong Lin Trading Sdn Bhd. Kini, Epsilon mengeluarkan satu lagi produk baru iaitu amplifier 4 channel bersama pemproses bunyi digital (Digital Sound Processor) binaan dalam 10 band. Mengekalkan DNA Epsilon terdahulu, amplifier bersaiz kompak yang menjimatkan ruang ini tentunya menjadi pilihan pencinta audio yang sangat berkira-kira tentang ruang. Selain itu, ia juga tampil elegan dengan kerangka rumah berwarna hitam.

Seiring dengan perkembangan teknologi dan permintaan segenap peminat audio, Epsilon turut tidak ketinggalan dan menghasilkan amplifier DSP binaan-dalam ini untuk meningkatkan lagi kualiti sistem audio yang dipasangkan dengan stok kilang ke atas kereta anda. Itupun tanpa sebarang perubahan yang perlu dilakukan pada dashboard kereta.

Bagi makluman, Epsilon DSP-10.4 ini didatangkan bersama perisian kawalan komputer yang mengesan secara automatik apabila dihubungkan menerusi kabel USB. Hanya hubungkan telefon pintar dan DSP-10.4, anda boleh menala dan mengawal sistem audio dengan mudah. Sesuai untuk para pengguna Android dan penggunaan terhad untuk pengguna IOS.

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Tong Lin Trading Sdn Bhd
No.69, Jalan 10/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.
No Tel : 03 – 9285 6605 / 1371Emel : [email protected]
Facebook : https://www.facebook.com/tonglintradingsdnbhd/












