Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

EMMA Malaysia Grand Final 2022, Hangatkan Automechanika Kuala Lumpur

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2023-03-24
in BULETIN, UTAMA
0

Segala persoalan tentang siapa yang layak dinobatkan sebagai King Of Sound akhirnya terjawab dengan penutupan EMMA Malaysia Grand Final 2022 pada hujung minggu lalu. Diadakan seiring dengan penganjuran Automechanika Kuala Lumpur yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula dari 16 hingga 18 Mac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sebagaimana sebelumnya, penganjuran pusingan akhir EMMA Malaysia ini menerima sambutan yang hangat bukan sahaja dari para peserta malah para pencinta dunia audio. Pusingan akhir yang diadakan di KLCC ini dipadatkan dan diceriakan dengan pelbagai aktiviti lain menjadikan ia salah satu pertandingan audio yang pastinya akan dinanti-nantikan setiap kali penganjurannya di masa akan datang.

Para pengunjung yang hadir dapat menyaksikan lebih dekat kemeriahan pertandingan audio berprestij ini yang disertai kereta-kereta dengan sistem audio yang bukan calang-calang. Setiap para peserta melakukan persediaan rapi sebelum mempersembahkan sistem audio masing-masing di hadapan para juri yang diterbangkan dari Indonesia, Filipina, Taiwan dan juga Thailand.

Barisan juri yang hadir untuk menilai setiap kereta yang dipertandingan ialah Marc selaku ketua juri dan menjurikan kategori Racing Vinyl dan King Of Sound pusingan 1. Diikuti Tony dari Taiwan, selaku ketua juri untuk pemasangan (installation). Seterusnya, Eddie (Taiwan), Jino (Filipina), Maslim (Indonesia), Divoy (Filipina), Braind (Taiwan), Hsiang (Taiwan), Thodsawat (Thailand) dan Feng (Taiwan).

Bukan sahaja kategori-kategori yang dipertandingkan menjadi tumpuan sepanjang pusingan akhir ini berlangsung, malah aktiviti-aktiviti lain juga menerima sambutan yang sama. Antara yang menjadi daya tarikan semestinya Cabutan Bertuah dan persembahan pentas yang penuh bertenaga sekali gus meniupkan semangat kepada barisan peserta yang menanti keputusan siapakah yang bakal ditabalkan sebagai King Of Sound!

Setelah tiga hari bertungkus lumus dan berhadapan dengan pelbagai ragam, akhirnya EMMA Malaysia Grand Final 2022 bertemu dengan King Of Sound yang dicari-cari. Tidak dinafikan bahawa barisan kereta yang mewakili para peserta pada pusingan akhir ini semuanya hebat. Namun begitu, proses penjurian untuk mencari yang terbaik antara yang terbaik perlu dilaksanakan dengan sempurna.

Sebelum menamatkan acara tirai dan bersedia untuk musim baharu, EMMA Malaysia Grand Final 2022 ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan menyaksikan saudara Woo Chee Kong dari Frings Auto Accessories dinobatkan sebagai King Of Sound. Usaha keras Frings Auto Accessories yang mempertaruhkan sistem audio pada Mazda CX30 memberikan kemenangan yang terindah.

Tahniah diucapkan di atas gelaran King Of Sound untuk EMMA Malaysia Grand Final 2022. Adakah kemenangan ini akan diulangi untuk musim akan datang? Kita tunggu dan lihat! Tahniah juga diucapkan kepada barisan para peserta yang telah berhempas pulas menyediakan sistem audio dengan hasil yang cukup padu. Mungkin peluang anda untuk mengecapi kemenangan akan tiba tidak lama lagi. Jangan pernah menyerah kalah!

Previous Post

Dianjurkan Buat Kali Pertama Di Malaysia, Dijangka Menarik Lebih 150,000 Pengunjung

Next Post

Raikan Wira Tidak Didendang

Next Post

Raikan Wira Tidak Didendang

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved