Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Ditawarkan Dalam Satu Varian Dengan Yuran Hanya RM77!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-30
in BULETIN, UTAMA
0

Hyundai Sime-Darby baru-baru ini mengumumkan bahawa tempahan untuk model Elantra serba baharu sudah dibuka dengan yuran cuma RM77. Sedan segmen C itu hanya akan ditawarkan dalam satu varian sahaja. Bakal bersaing secara langsung dengan Honda Civic, Toyota Corolla dan Mazda3, Elantra generasi ketujuh itu dikuasakan oleh enjin baharu Smartstream G1.6 MPi.

Enjin aspirasi biasa bersesaran 1.6 liter itu mampu menjana kuasa mencecah 123_S dan tork 154Nm. Kuasa kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear pintar binaan Hyundai, Smartstream IVT.Kotak gear lapan kelajuan automatik itu menggunakan chain belt untuk memberikan maklum balas lebih baik berbanding transmisi CVT. Malah, ia dikatakan tahan lebih lama dan tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan.

Rangkaian kuasa tersebut didakwa mampu menawarkan penjimatan bahan api 4.2 peratus lebih baik dan menghalang daripada enjin hilang kuasa sehingga 8 peratus. Pemandu turut ditawarkan dengan empat mode pemanduan iaitu Eco, Smart, Sport dan Comfort yang boleh ditukar dengan mudah. Seperti semua model baharu Hyundai, Elantra tampil dengan bahasa rekaan Sensous Sportines dan elemen Parametric Dynaic untuk gayaan yang dramatik. Bahagian hadapannya diserlahkan dengan gril besar berwarna hitam yang diapit oleh sepasang lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL) LED nipis.

Bahagian belakang pula seakan-akan mengambil inspirasi model sedan lebih besar, Sonata dengan rekaan lekuk tajam dan reka bentuk lampu LED yang tidak konvensional. Aspek keselamatan Elantra dipertingkatkan dengan pemasangan sistem Hyundai Smartsense. Ia terdiri daripada sistem Amaran Pelanggaran hadapan & Bantuan Mengelak, Amaran Pelanggan Titik Buta, Bantuan Kekal Laluan & Bantuan Mengikut Laluan, Amaran intasan Trafil Belakang (RCTA) & Bantuan Mengelak, Kawalan Jelajah Pintar dengan ciri Stop & Go, Amaran Tumpuan Pemandu serta Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Jika berminat, Elantra ditawarkan pada harga bermula RM1XX,888 seunit dan bakal dilancarkan Disember ini.

Sumber : Mekanika

Previous Post

Sebuah Kereta Pemanduan Harian Yang Menghiburkan

Next Post

Hasil Kerja Tangan Yang Berbaloi

Next Post

Hasil Kerja Tangan Yang Berbaloi

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved