Kar Hifi
Parasol
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Dilengkapi e:HEV Technology, Bakal Dilancarkan Suku Ketiga 2022

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2022-06-10
in BULETIN, UTAMA
0

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan tempahan telah dibuka untuk All-New HR-V yang paling dinanti-nantikan oleh peminatnya. Tempahan boleh dibuat di semua wakil pengedar Honda di seluruh Malaysia. All-New HR-V ini dibangunkan menggunakan konsep ‘AMP UP YOUR LIFE’, menawarkan gaya hidup yang biasa dan premium tetapi dalam masa yang sama mengekalkan ciri-ciri praktikal HR-V sebagai peneman sehari-hari. Bakal dilancarkan di suku tahun ketiga 2022 serta ditawarkan dalam varian petrol dan hybrid.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Hironobu Yoshimura berkata HR-V pertama kali diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun 2015 dan menjadi model sensasi paling laris. Keunikannya serta ciri-ciri praktikal tiada tandingan menjadikan ia mendahului para pesaingnya. Lebih 111,000 unit terjual sehingga hari ini, HR-V turut ditabalkan sebagai pemenang untuk segmen SUV Kompak Bukan Nasional (Non-National Compact SUV) dari tahun 2015 sehingga 2021.

Penampilan baharu HV-R dilancarkan pada tahun 2019 dan terjual hampir sebanyak 39,000 unit. Berdasarkan rekod ini, secara tidak langsung membuktikan SUV kompak HR-V sangat diminati oleh ramai peminat di Malaysia. Sehubungan dengan itu, Honda berbesar hati untuk memperkenalkan All-New HR-V di Malaysia dan telah dibuka untuk tempahan secara rasminya.

Berukuran sepanjang 4,385mm, 1,790mm lebar dan 1,590mm tinggi, All-New HR-V RS ini 39mm lebih panjang dan 15mm lebih rendah berbanding model terdahulu. Secara keseluruhannya, penampilan eksterior direka eksklusif untuk mempertingkatkan lagi gaya ‘berani’ All-New HR-V RS ini. Penampilan bahagian hadapan pula didominasi dengan rekaan gerigi baharu. Bahagian belakangnya pula menampilkan gaya fastback dengan rekaan lebih cantik dan prestasi aerodinamik.

Ciri-ciri baharu eksterior untuk All-New HR-V RS pula termasuk – LED Sequential Turn Signals dan LED Taillight Strip yang merupakan elemen rekaan paling menonjol, meningkatkan lagi ciri-ciri premium dan sporty untuk eksterior. Ciri-ciri lain yang ada pada eksterior termasuk LED Headlights baharu dengan Daytime Running Lights (DRL), Front LED Fog Lights dan rim aloi 18-inci sekali gus melengkapkan pakej eksterior untuk model baharu ini.

Buat pertama kalinya, All-New HR-V RS ini dilengkapi dengan teknologi e:HEV, dikuasakan oleh sistem pintar Multi-Mode Drive (i-MMD) yang memberikan prestasi enjin yang berkuasa dan responsif untuk badan jenis SUV kompak. Teknologi e:HEV menampilkan sistem hybrid Honda yang unik yang berfungsi dengan lancar, menggabungkan kelebihan enjin petrol dan motor elektrik untuk memberikan kuasa maksimum dan bahan bakar yang lebih cekap.

Powertrain terkini yang ada pada All-New HR-V RS memberikan 131PS dan tork 253Nm untuk pemanduan yang lebih mengujakan dan ini juga menawarkan 3 mod pemanduan ; ECON, Normal dan Sport yang boleh diubah mengikut kehendak pemandu sendiri.

All-New HR-V RS didatangkan dengan ciri-ciri terkini seperti Honda LaneWatch, yang merupakan teknologi keselamatan berasaskan kamera terkini yang mengurangkan risiko titik buta dengan menyediakan visual masa sebenar (real-time) pada sistem infotainment apabila lampu isyarat diaktifkan atau butang LaneWatch ditekan. Varian ini juga dilengkapi dengan Hands-Free Power Tailgate bersama fungsi Walk Away Close, di mana tailgate akan ditutup secara automatik apabila mengesan individu dengan alat kawalan jauh mula bergerak menjauhi kereta.

Antara ciri-ciri terkini lain yang ada pada varian ini ialah Remote Engine Start dan Walk Away Auto Lock functions yang memudahkan pemilik All-New HR-V RS.

Bagi mencapai sasaran global Honda untuk merealisasikan perlanggaran trafik sifar (zero traffic collision), All-New HR-V RS juga dilengkapi dengan Honda SENSING, pakej paling lengkap Next Generation Advanced Safety Technology yang terdiri daripada sistem keselamatan membantu pemanduan seperti Lead Car Departure Notification (LCDN), Adaptive Cruise Control (ACC), Low Speed Follow (LSF), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Forward Collision Warning (FCW), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW), Auto High Beam (AHB).

Sekiranya berminat untuk membuat tempahan, anda boleh layari prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch. Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi wakil pengedar di seluruh negara atau hubungi talian bebas Honda1-800-88-2020 atau www.honda.com.my.

Previous Post

Diubahsuai Sebagai EV, Bakal Dipamerkan Di Milan

Next Post

Beli Atau Jual Kenderaan Volkswagen Terpakai Di Tempat Yang Tepat!

Next Post

Beli Atau Jual Kenderaan Volkswagen Terpakai Di Tempat Yang Tepat!

CAPAIAN

  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved