Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Diam-Diam Ubi Berisi

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-13
in SHOW OFF, UTAMA
0

Teknik pembinaan kereta-kereta audio sebenarnya sudah sampai tahap tepu. Tidak banyak idea baru yang dipersembahkan dan akhir-akhir ini kita cuma melihat hasil kerja yang agak stereotaip. Mungkin ada beberapa contoh projek yang agak unik tapi bagi kebanyakan yang biasa kita lihat di petak pameran, poliferasinya adalah hampir sama.

Ya. Idea kurang berkembang, sama lesunya dengan industri audio kenderaan itu sendiri. Kami yang terlibat secara langsung dengan pembekal, pengiklan, pengguna dan pembaca dapat melihat sendiri bahawa aktiviti audio nampaknya semakin perlahan.

Kesan yang dapat dirasakan ini sudah tentu memberi impak terus kepada pengusaha yang terlibat dalam kitaran perniagaan. Kedai-kedai aksesori khususnya audio semakin sepi malah petak pertandingan dan audio show juga tidak semeriah beberapa tahun yang lalu.

Perniagaan juga terpaksa bersaing merebut pelanggan dan sudah tentu, mereka perlu menawarkan sesuatu yang lebih baik berbanding pesaing. Ong Digital Audio dari Klang juga berkongsi pandangan sama. Beliau cuba untuk menghasilkan keunikan berbeza pada setiap kereta yang dibina di premisnya.

Honda City ini adalah satu contoh di mana bahan berbeza digunakan untuk konstruksi bahagian but belakang. Agak aneh sebenarnya bila mengetahui bahawa lapisan yang digunakan untuk merekabentuk perumah peralatan audio tersebut diperbuat dari Formica.

Formica adalah campuran plastik keras yang boleh datang dalam pelbagai bentuk permukaan. Ia digunakan dengan meluas dalam industri rekabentuk dalaman, pembinaan pintu keras dan permukaan perabot premium. Ia adalah bahan yang susah untuk ditempa, apalagi dipotong dalam dimensi sistem audio.

Semua kepingan ini telah diukur dan pemasangan dari susunan ini umpama memasang blok lego. Ukuran perlu tepat, jika tidak memang bencana nak keluarkan semula komponen dalaman audio. Walaupun sukar, Ong Digital Audio berjaya menyiapkan perumah utama.

Ia menempatkan 2 unit amplifier Dominations ES4100 yang merupakan nadi kepada sistem audio Honda City ini. Kedua-duanya dipamerkan di sebalik plastik perspek menghadap dinding luar. Seunit woofer Dominations 12” ES124 Ecoutez merupakan aktor utama peralatan audio di bahagian but yang mendapat kuasa dari hasil bridging amplifier 2 saluran ES4100 tadi.

Kereta ini dibina dengan konfigurasi sistem 2 Way. Komponen utamanya tentu sahaja di bahagian hadapan melibatkan seunit pemain utama dari Kenwood DDX8036BT, diikuti 2 unit mid bass 6” Dominations siri Sadewa yang terkenal dengan kualiti kejelasan bunyi terbaik dalam kelasnya. Ia dibantu oleh dua unit tweeter 2” R50 Full Range juga dari jenama Dominations. Kelengkapan mid dan hi ini dipandu oleh amplifier Dominations ES4100 seperti yang disebutkan awal tadi.

Kereta ini benar-benar duduk diam sebagai jaguh audio untuk diri sendiri. Jadi, tidak hairanlah jika ia dinobatkan sebagai Juara kategori Can-Q Consumer Best Buy 5k dan Naib Juara kategori Can-Q Prosumer Best Buy 20k untuk pertandingan M-Can yang diadakan pada Ogos yang lalu. Tanpa bodykit kapal angkasa atau spoiler penyidai seluar dalam. Dari luar, ia macam kereta pegawai Majlis Agama Islam. Standard habis. Namun di dalamnya? Memang champion!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 90

Previous Post

Mendahului Senarai Kereta Terpakai Paling Laris

Next Post

Impak Gempak Dalam Saiz Kompak

Next Post

Impak Gempak Dalam Saiz Kompak

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved