Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Demi Gemersik Suara, Sistem Audio Diubah Sepenuhnya

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-03-01
in SHOW OFF, UTAMA
0

Anda seorang yang amat bertuah sekiranya, membeli sebuah kereta dan didatangkan bersamanya sebuah sistem audio yang cukup hebat. Dalam erti kata lain, puas hati. Malangnya, bukan semua kenderaan mempunyai sistem audio stok mencapai tahap ‘boleh tahan’ melainkan ‘tak tahan’! Berbeza dengan pemilik kenderaan CRV ini, Brago Adijaya Putranto. Beliau amat bertuah kerana mendapat dua perkara terbaik dalam satu. Keselesaan memandu dan ketenangan dibuai irama merdu.

Walaupun didatangkan dengan sistem audio yang memuaskan, tidak mampu menghalang Brago untuk memodifikasinya kepada tahap seperti yang dimahukannya. Honda All New CRV ini bukanlah kereta pertama menerima sentuhan idea gila-gila Brago. Sebelum ini terdapat 4 buah kereta lain. Kereta pertama yang menjadi bahan eksperimen anak muda berpendidikan Teknik Geodesi ini ialah kereta Toyota Ist. Minat beliau ini bermula sejak di zaman sekolah Menengah Pertama (SMP) lagi. Antara faktor yang memandunya ke arah memodifikasi sistem audio adalah minat yang mendalam terhadap muzik.

Sepertimana biasa, sesiapa juga mahu menikmati lagu nyanyian artis kesayangan pada tahap yang terbaik. Kalau boleh, membayangkan seolah artis tersebut sedang menyanyikan lagu itu khas untuk kita seorang. Begitulah juga kisahnya dengan saudara Brago. Beliau mahukan suara artis kesayangannya Olivia Ong, kedengaran amat jelas dan sempurna. Atas memenuhi kehendaknya itu, beliau mengambil keputusan ke Radius Audio di Bandung untuk memodifikasi kereta kesayangannya itu.

Di sini beliau ditemukan dengan pendeta audio kereta tersohor rantau Indonesia, saudara Erwin Kosasih. Menurut Erwin, Brago mempunyai selera muzik yang amat serius. Ini dapat dilihat dengan penggunaan pelbagai aksesori media tambahan lain seperti Ipod, USB dan Ipod video. Bagi menyempurnakan kemahuan Brago, Erwin membuat pemasangan sistem talaan aliran Sound Quality ditambah DTS 5.1 car theater. Pemasangan 2 sistem talaan ini mengubah atmosfera dalam kereta CRV dan menjadi lebih nyaman dengan mainan muzik yang lebih nyata.

Bersandarkan tahap keseriusan Brago terhadap muzik, Erwin memilih pemain utama dari Kenwood DDX 8036 BT. Pemain utama ini mempunyai kemampuan memainkan pelbagai media juga menyokong kegunaan aksesori media lain. Bagi memastikan kualiti bunyi yang dibaca pemain utama ini cemerlang, saudara Erwin memilih hanya yang terbaik untuk aksesori menganggotai jentera I.C.E ini. Dengan mengambil kira kehendak saudara Brago, Erwin mengenakan talaan I.C.E binaan sistem pasif 3 hala di bahagian hadapan kereta.

Pembinaan sistem ini dapat memperdengarkan bunyi yang tepat, jernih, mengutamakan suara dan memberikan bunyi kepada segala instrumen yang digunakan di dalam sesebuah lagu. Barisan speaker yang digunakan untuk melengkapkan sistem ini pula terdiri daripada 2 unit tweeter ribbon Fabulous Acoustics FA3, 2 unit mid range Dominations D53 dan 2 unit mid bass Fabulous Acoustics. Custome made A pillar digunakan untuk menjadi perumah tweeter dan mid range. Manakala baki 2 unit lagi mid bass diletakkan di tepi pintu hadapan. Kedudukan ini membantu bunyi sampai ke pendengar dengan tepat.

Jika diperhatikan di bahagian atas dashboard, terdapat seunit centre speaker dari Pioneer model TS-CX 900. Ia juga menggunakan custome made baffle serta diletakkan pada sudut yang tepat. Logiknya? Agar ia dapat memberikan efek ‘centre’ dan ‘surround’ yang tepat. Melihatkan ini sahaja, pasti ada yang sudah dapat membayangkan bunyi yang terhasil. Cukup hebat! Namun, senarai sistem I.C.E CRV ini tidak berhenti di sini. Masih ada lagi beberapa aksesori penting yang perlu disenaraikan.

Tidak cukup dengan hanya memberatkan sistem speaker dibahagian depan semata-mata. Bagi memberi keseimbangan dan bunyi yang lebih menyeluruh, 2 unit tweeter dari Hustler X3 telah dipasangkan. Ia sengaja diletakkan di dalam perumah custome made di sudut belakang kereta. Kedudukan tweeter ini penting diletakkan pada sudut yang tepat untuk memberikan kesan ‘surround’ secara semula jadi. Aduh, kalau begini bisa lena dibuatnya mas Brago!

Setelah melihat barisan speaker ini, sama-sama pula kita beralih kepada barisan amplifier yang memacu setiap satunya. Bagi memacu kesemua barisan speaker ini hanya 2 unit amplifier digunakan. Amplifier pertama merupakan amplifier 5 channel dari Genesis. Ia digunakan mengikut konfigurasi bridged mono untuk channel 1-2-3-4 yang memacu speaker 3 hala di bahagian hadapan kereta. Ini diikuti pula dengan satu channel untuk memacu satu unit woofer dari JL Audio 12W3v2 menggunakan konfigurasi mono.

Seunit lagi amplifier yang digunakan ialah amplifier Audison VR 404, bertugas untuk memacu speaker belakang dan juga centre speaker. Kesemua kabel speaker dan RCA menggunakan Monster Cable dan 4 AWG DC cable untuk kabel daya plus ( + ) dan minus ( – ).

Jika diperhatikan, berhampiran bahagian console tengah sengaja dibina satu panel yang dijadikan sebagai tempat untuk Ipod dan USB serta soket Inverter DC to AC bila-bila mana perangkat lain digunakan. Selain itu juga, GPS unit dari AVT dan penerima siaran Digital TV juga turut dipasang bagi melengkapi perangkat multimedia untuk Honda CRV ini.

Tidak dinafikan bahawa pemasangan I.C.E untuk CRV ini dilakukan dengan cukup sederhana, ini kerana Brago enggan ruang letak barang terganggu dek aksesori I.C.E. Malah, tempat untuk meletak woofer juga dibina dengan mengambil tempat lekukan tayar simpanan dengan menggunakan bahan MDF dan Fiberglass. Boleh anda teka, berapa harga modifikasi untuk sistem sebegini. Tapi, adakah itu perlu?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 16

Previous Post

Tawaran Jualan dan Selepas Jualan Istimewa Sepanjang Bulan Mac

Next Post

Latih Profesional Automotif Generasi Akan Datang Dengan Jaminan Peluang Pekerjaan

Next Post

Latih Profesional Automotif Generasi Akan Datang Dengan Jaminan Peluang Pekerjaan

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved