Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Civic Cario, Gabungan Estetik Dan Audio Fantastik

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-09-14
in SHOW OFF, UTAMA
0

Jika anda mahu membina sebuah sistem SPL yang baik, ada baiknya anda mencari satu platform yang sesuai untuk menempatkan sistem audio yang dikehendaki. Saya ingat lagi zaman-zaman dulu (penghujung 90-an), masa saya mula berjinak-jinak dengan sistem audio kereta, kedai-kedai aksesori di kampung saya di Kedah (apa, korang ingat kampung takde kedai audio ke?) gemar menggunakan van ataupun kereta hatchback sebagai kereta demo mereka.

Saya ingat lagi, peralatan audio yang mereka gunakan bukanlah dari jenama yang premium tetapi kebanyakannya buatan dari negara Taiwan ataupun Korea Selatan (masa tu produk dari China masih kurang). Ramai antara mereka gemar membina sistem SPL yang bingit dan antara tempat yang mereka gemar berkumpul untuk menayang sistem audio mereka (sambil buat ‘marketing’) ialah di kawasan Stadium Alor Star. Kadang-kadang geng-geng ni agak ‘over’ memainkan audio mereka, sehinggakan polis datang untuk menghalau mereka balik.

Tapi ni cerita zaman dulu, zaman pertandingan audio profesional pun masih belum ada. Zaman sekarang, kedai-kedai aksesori memasarkan produk dan kedai mereka di dalam pertandingan audio profesional yang dijamin polis takkan datang menghalau mereka pulang.

Van Vanette atau Ford Laser S (paling popular zaman dulu sebagai platform audio) kini digantikan dengan platform yang lebih canggih dan lawa. Contohnya kereta dari Cario Automart ini yang menggunakan Civic FD 2.0 sebagai platform demo mereka. Bukan sahaja kereta yang digunakan cukup sofisikated, tetapi kereta ini juga telah diubahsuai dari segi estetika dengan memadankan bodykit custom, but depan gentian karbon dan rim SSW 18 inci. Harga akesori ini sahaja dah lebih mahal dari apa yang digunakan oleh kedai aksesori zaman dulu untuk sistem audio mereka.

Oklah, berbalik pada sistem audio, Civic FD putih ini menggunakan pemain utama Alpine CDA-9887 manakala isyarat frekuensinya dibahagikan oleh seunit pre-amp Horizon HR-7Q. Untuk mendapat kualiti bunyi yang sempurna, Civic ini menggunakan bukan satu, bukan dua tetapi 4 unit amplifier untuk memacu kesemua speaker-speaker yang digunakan.

Isyarat bunyi dari pre-amp yang disebutkan tadi dihantar kepada 2 unit amplifier 4 channel Horizon HR-80.4 yang digunakan bagi memacu speaker di bahagian hadapan kereta. Amplifier pertama digunakan bagi menghantar kuasa kepada 2 unit tweeter Horizon HR-25HT yang diletakkan di pillar A Civic ini. Amplifier kedua pula digunakan untuk memacu 4 unit mid bass Horizon HR-6.5, dipasang pada perumah custom yang dibina pada panel pintu hadapan. Walaupun sistem audio kereta ini dibina untuk ‘External SQL’, namun ia juga masih sesuai untuk didengar oleh penumpang di dalam kereta.

Untuk menghasilkan bunyi berkuasa tinggi yang diperlukan oleh sebuah sistem SQL, pemilik Civic ini memastikan kombinasi amplifier, speaker dan woofer belakang adalah yang terbaik. Sekali lagi, isyarat dari pre-amp tadi ditarik ke bahagian belakang dan diperkuatkan dengan empat unit amplifier yang berbeza.

Untuk bunyi mid dan high, tanggungjawab untuk mereproduksi semula bunyi ini diberi kepada dua unit speaker komponen Mohawk Platinum dan 2 unit speaker Mohawk Silver. Speaker-speaker komponen tersebut dipasang di dalam kereta di bahagian hadapan dan belakang. Kuasa kepada speaker-speaker tersebut dibekalkan oleh dua unit amplifier berbeza. Untuk Mohawk Platinum, kuasa disampaikan oleh seunit amplifier 4 channel Mohawk MS-300.4. Untuk speaker Mohawk Silver, kuasa dibekalkan oleh seunit amplifier 2 channel Sony Xplod.

Sekarang, tiba masanya untuk kemuncak sistem audio ini, iaitu bahagian bass. Sebuah sistem SQL tidak akan menjadi SQL jika bunyi dentuman bass yang dihasilkan ialah lemah. Juara lazimnya ditentukan oleh siapa yang mampu menghasilkan desibel bunyi yang tertinggi, dan ini hanya boleh dicapai jika woofer yang digunakan mampu menjanakan kuasa bunyi bass yang tinggi.

Civic ini menggunakan 4 unit woofer 12” Horizon HR-122DD, diletak di dalam perumah custom yang mengikut bentuk ruang dalaman but belakang Civic ini. Woofer ini memerlukan 2 unit amplifier untuk memacu kuasanya dan amplifier pilihan pemilik Civic ini ialah dua unit amplifier monoblock Kicker EX2000.1 yang mana tiap satu ‘menghentam’ dua unit woofer. Hasilnya? Bunyi bass yang padat dan berkuasa tinggi mampu dijanakan dengan ‘distortion’ yang rendah.

Dari segi pemasangan, hasil kerja Cario Automart ini boleh diklasifikasikan sebagai amat baik. Lihat sahaja ruang but belakang Civic ini – sangat kemas dan teratur. Woofer, speaker dan amplifier dipasang dengan kemas di dalam perumah custom yang dibina sendiri oleh kedai ini dan dihias dengan fabrik ala-bulu biri-biri berwarna putih dan dilimpahi dengan lampu neon berwarna biru.

Sememangnya kereta ini bukan sahaja mempunyai sistem audio yang hebat, malah cukup cantik untuk dipandang. Pastinya kereta ini mampu menarik perhatian orang ramai tidak kiralah di mana dan bila-bila sahaja kereta ini dipertandingkan.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 25

Previous Post

Kepentingan Memilih Jenis Perumah Subwoofer Yang Sesuai

Next Post

40 Unit Honda Civic Diserahkan Kepada Kor Polis Tentera DiRaja

Next Post

40 Unit Honda Civic Diserahkan Kepada Kor Polis Tentera DiRaja

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved