Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Catat Markah Tinggi Untuk Program Penilaian Kereta Euro NCAP

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2022-12-12
in BULETIN, UTAMA
0

OMODA 5, produk pertama di bawah siri global baharu OMODA, telah meraih penarafan keselamatan penuh lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP). SUV tersebut mencatat markah tinggi dalam kategori Adult Occupant, Child Occupant, Vulnerable Road Users dan Safety Assist.

Prestasi tinggi OMODA 5 dalam ujian ini adalah berasaskan tumpuannya kepada kualiti serta keperluan dan kehendak pengguna, di mana permintaan utama pengguna global diambil kira daripada peringkat R&D dan reka bentuk.

OMODA 5 bukan sahaja mencatat kemajuan yang signifikan dalam struktur badan, konfigurasi keselamatan serta aspek lain, malah telah menjalankan pengesahan pembangunan adaptif dalam persekitaran dan keadaan jalan raya yang berbeza di seluruh dunia, termasuk kelulusan Ujian Tri-Extreme, yang dijalankan dalam keadaan ekstrem suhu rendah (<-40°C), suhu tinggi (hampir 50°C) serta ketinggian 5,200 meter.

78% daripada badan OMODA 5 diperbuat daripada keluli kekuatan tinggi yang mampu menahan tekanan sehingga 1,800 MPa. Badan tersebut telah direka dan dihasilkan dengan teliti untuk mengekalkan struktur keseluruhannya tanpa berubah bentuk sekiranya berlaku perlanggaran. Selain itu, Advanced Driver Assistance System (ADAS) menggabungkan 16 fungsi, termasuk adaptive cruise control, untuk memaksimumkan keselamatan dan keselesaan pemandu serta penumpang.

Didorong oleh pengiktirafan taraf global keselamatan dan kualiti, OMODA 5 melangkah ke pentas antarabangsa dengan keyakinan baharu. Setakat ini, SUV tersebut telah dilancarkan di China, Kuwait, Israel dan beberapa pasaran lain, dan akan menuju ke banyak lagi negara dan wilayah pada tahun akan datang.

Previous Post

Hanya Dipasarkan Untuk Jepun Dan Australia!

Next Post

Mega Gathering Malaysia Edisi 2 CPURT Event Management Bersama Majlis Daerah Tampin

Next Post

Mega Gathering Malaysia Edisi 2 CPURT Event Management Bersama Majlis Daerah Tampin

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved