Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Camry Mercury, Power Of Sound Technology

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-09-04
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dalam sesebuah pertandingan, sudah pasti ada yang kecundang. Sudah lumrah dan adat pertandingan. Ada yang menang dan tentunya ada pihak yang kalah. Lazimnya, isu seringkali timbul dek kerana ada pihak tidak berpuashati dengan keputusan, apatah lagi melihat gelaran juara dirangkul pihak yang dirasakan tidak layak. Namun, sejauh manakah pendapat ini benar? Adakah ia didukungi semata-mata kerana kekecewaan atau pun yakin benar, sistem audio itu tidak layak? Apakah cara menentukan kemenangan atau sistem bagaimanakah yang layak menang?

Tidak.

Kemenangan tidak bergantung kepada kos pembinaan sistem audio atau pun model kereta yang digunakan. Sebaliknya, kemenangan diadili berdasarkan sistem audio itu sendiri. Ada yang berbelanja berpuluh-puluh, malah ratusan ribu tetapi tidak mampu menandingi sistem yang dibina dengan kos paling minima. Kenapa? Atau soalan yang lebih tepat lagi, bagaimana ia mungkin terjadi?

Keghairahan membina sistem audio tanpa membuat kajian terlebih dahulu tentang apa yang sepatutnya ada dalam sistem audio. Dalam masa sama, adakah ia secocok dengan keadaan kereta itu sendiri. Ada banyak perbezaannya dan sebagai sistem audio yang dibina untuk menang, perkara seperti ini harus diambil kira dengan sangat teliti. Anda boleh membelanjakan seberapa banyak duit, tetapi sekiranya ia tidak tepat, tiada gunanya. Pemilihan dimaksudkan di sini pula, bermula dari peringkat ia dirangka di atas kertas. Bukannya ketika berhadapan dengan installer.

Apabila sebuah sistem audio dibina dengan cukup cemerlang, maka tidak akan ada suara pun yang berani mempertikaikan kemenangan tersebut. Sepertimana Toyota Camry yang dapat dilihat di halaman ini yang pernah memenangi salah satu pertandingan paling berpengaruh di persada dunia audio, EMMA yang berlangsung di Singapura. Kemenangannya pula, memang sudah dijangka ekoran sistemnya yang memang dibina dengan cukup kemas dari sudut prestasinya.

Meninjau sistem audio yang berjaya mencipta kemenangan di Singapura dengan talaan SQ ini, ia dimulakan dengan seunit Alpine IVA-D800E. Sebagaimana kelazimannya, sistem audio Toyota Camry ini juga dilengkapi dengan pemproses isyarat digital PXA-H800 dan RUX-C800 untuk mendapatkan isyarat bunyi yang cemerlang serta tepat sebelum diagihkan kepada unit-unit lain. Diberikan sentuhan magis oleh pemasangnya iaitu Kai Ling Car Accessories, sistem audio SQ yang dibina dalam Camry ini merupakan sistem 3 hala.

Demi memastikan tujuan pembinaan sistem audio SQ ini tercapai, Kai Ling telah menggabungkan jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Mercury dan juga JL Audio. Bagi meneruskan kecemerlangan isyarat yang telah diproses awal tadi, Kai Ling menggunakan 4 unit amplifier Mercury K2S yang mana setiap satunya memacu setiap speaker yang berlainan fungsi; tweeter, mid range, mid bass dan woofer yang juga dari jenama Mercury. Satu jenama yang dibangunkan dengan pesat yang disuntik teknologi bunyi yang sememangnya hebat.

Bagi mewujudkan staging yang tepat dan agar bunyi dihasilkan mampu memberikan bukan sahaja nikmat tetapi juga keselesaan semasa mendengar sistem audio bunyi 3 hala ini, Kai Ling telah menempatkan seunit tweeter Mercury Competition TW di tiang A. Bersamanya pula adalah seunit mid range Mercury Competition 2 yang ditanamkan di hujung dashboard dan satu set yang sama dipasangkan pula di satu lagi tiang A. Ini diikuti pula dengan pemasangan mid bass di kedua-dua panel pintu yang sekaligus melengkapi sistem 3 hala seperti dimahukan.

Menyempurnakan sistem ini adalah seunit woofer 12” dari JL Audio 12W3V3 yang dipasangkan dalam perumah khas di bahagian ruang letak barang, yang mana bersamanya turut dipasangkan 4 unit amplifier tadi. Menariknya tentang pemasangan perumah di bahagian ini, ia kelihatan kemas dengan gelas akrilik. Selain dari itu, penggunaan lampu LED juga turut membantu dalam menyerlahkan lagi sistem audio ini dan dalam masa yang sama tampak elegan.

Berbalik kepada perkara yang dibicarakan di awal tadi, kemenangan yang benar-benar bermakna khususnya dalam pertandingan gah seperti EMMA ini, adalah persiapan yang secukupnya. Bukan itu sahaja, sistem audio yang dibina haruslah cemerlang dan tiada ruang untuk sebarang kecacatan.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi [57]

Previous Post

Sorento Sophisticated SPL

Next Post

Merdeka Fun Race 2020

Next Post

Merdeka Fun Race 2020

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved