Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Caliber Car Club

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-06
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bagaimanakah rasanya membina sebuah kereta dengan 10 unit woofer? Bagaimana pula bunyinya kalau kereta itu hanya bersaiz sebuah van kecil? Nah. Pasti lebih kuat dari sebuah sistem audio AV mini konsert. Perjalanan krew ke Melaka telah menemukan kami dengan salah satu spesis yang hampir pupus dalam dunia moden. Sebuah Perodua Rusa, sebuah van kecil yang kini telah diubahsuai menjadi jukebox bergerak, sarat dengan peralatan audio dengan sistem Sound Pressure Level atau SPL.

Ini adalah “permainan” golongan elit dalam dunia audio. Bukan untuk orang biasa-biasa yang baru berjinak-jinak hendak berentap dalam dunia SPL. Membina sistem seperti ini bukan sahaja perlukan wang yang banyak, tetapi sistem yang kompleks memerlukan kepakaran tinggi memilih kabel, menentukan posisi dan memuatkan setiap speaker dengan betul.

Kuantiti peralatan sahaja tidak menjanjikan bunyi yang bagus jika corak pemasangannya salah. Pemasangan yang betul juga akan gagal sekiranya penalaan tidak dibuat dengan betul. Pendek kata, semua integrasi diperlukan untuk menghasilkan bunyi akhir yang benar-benar menyerlah, sebagaimana senarai barang yang dilihat.

Kereta ini telah dipasangkan dengan pemain utama Pioneer DEH-X7550SD sebagai pelaras media. Kemudian, ia dihalakan kepada 3 unit pre-amp; 2 unit pre-amp Caliber CPE-1011D dan seunit Caliber CPE-204TA. Dari ketiga-tiga unit ini, ia disatukan ke laluan crossover 3 way Caliber.

Gandingan ini kemudiannya dipecahkan semula kepada 3 staging bunyi. Gelombang bawah, sederhana dan tinggi. Seperti yang dapat dijangka untuk penempatan 10 unit woofer 12” Caliber CW-130SVC, Rusa ini dipasangkan dengan 5 unit amplifier jenis monoblok kelas D Caliber RKA-3200DCJ.

Bagi laras bunyi mid pula, sebanyak 12 unit speaker mid bass Caliber CBM-95i dipasangkan pada perumah luar disamping woofer tadi. Mid bass dengan diameter 6.5” setiap satu ini memenuhi keperluan bunyi gelombang sederhana yang memastikan ia cukup vokal bagi membantu keluaran bunyi.

Ia dikuasakan oleh 3 unit amplifier 4 saluran Caliber CA-2104 yang dipasangkan dengan kemas di bahagian lantai tengah van ini. Untuk sistem terakhir gelombang tinggi pula, sebanyak 8 unit horn tweeter Caliber CT-70H dipasangkan bersama seunit amplifier 4 saluran Caliber CA-9400i.

Melengkapi set suara dan bunyi SPL Perodua Rusa ini ialah pakej bodykit ringkas yang telah membezakannya dengan sebuah Rusa pasar malam. Bodykit custom ini diakhiri dengan warna putih dan pelekat sisi Caliber, menandakan jenama yang dibawanya.

Kerja-kerja fabrikasi dalaman juga cukup meluas dengan penempatan arca kepala naga, kombinasi ruang kokpit dengan paparan papan pemuka yang dibina semula serta pemasangan aksesori kecil seperti roda stereng dan tombol gear VIP.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 83

Previous Post

Epsilon DSP 6.4; Saiz Kompak, Penalaan Mudah Dan Bunyi Lebih Harmoni

Next Post

Skim Pembiayaan Patuh Syariah UMW Toyota Dan Bank Islam

Next Post

Skim Pembiayaan Patuh Syariah UMW Toyota Dan Bank Islam

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved