Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Bukan Sebuah Projek Separuh Jalan Atau Suka-Suka!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-27
in SHOW OFF, UTAMA
0

Membina sebuah kereta berkonsepkan autoshow bukanlah satu kerja yang mudah. Konsep dan tema perlulah betul. Pengubahsuaian mesti menyeluruh, kalau tak, kereta akan jadi cacamerba dan buruk pula pada kesudahannya. Tidak dinafikan bahawa ramai orang cuba untuk membuat kereta-kereta begini dan hanya sebilangan kecil yang berjaya. Yang tak syoknya, bila kalah di autoshow, bukannya nak muhasabah diri. lebih kepada nak salahkan orang lain. Ada orang bina kereta konsep VIP tapi dalam siap ada ‘roll cage’. Itu satu contoh.

Ini bukanlah kereta yang anda nak pandu ke pejabat atau ke kolej. Ia tidak praktikal. Pintunya jenis bukaan gunting, kerendahannya melampau, bodykit yang dipasang membuatkan kereta bertambah berat. Pemiliknya, Hairul juga bersetuju bahawa kereta yang dibina ini khusus untuk pameran sahaja. Beliau ada kereta lain yang digunakan untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Satu perkara yang buatkan kami tertarik tentang kereta ini ialah pembikinan keseluruhan sistem audio. Secara asas, kereta ini mendapat sistem baru yang meliputi audio-visual dari jenama Performance. Kombinasi audio dan kereta autoshow memanglah sesuatu yang sinonim, menjadi fakta penting dalam mengutip mata berharga pada setiap pertandingan.

Pembinaan sistem kereta ini bermula dengan seunit pemain 2-din DVD bermonitor Stream Audio SA-8702. Menurut Hasrul, walaupun pemain ini bukanlah berjenama mahal, ia tetap mampu menjalankan tugasnya dengan baik tanpa sebarang masalah. Pemain ini disambungkan dengan pre-amp 7 band Performance PQ-700 yang juga bertindak sebagai equalizer dan ‘splitter’ kepada sistem multimedia yang dibina. 3 unsur utama pembinaan audio yang dibuat ialah muzik, visual dan juga permainan arked Sony Playstation PS3.

Sebelum menyambung pendawaian pada amplifier dan speaker, keseluruhan sistem audio yang dipilih, dipasangkan dengan rekaan khusus. Misalnya, monitor tambahan hadapan di dalam kokpit dilekatkan pada papan pemuka penumpang dengan penambahan gentian kaca sebagai perumah khas. Walaupun tampak mudah, menghasilkan perumah yang kemas begitu bukanlah satu kerja senang. Menambahkan kerumitan pemasangan ini ialah ‘laci’ khas yang dibuat untuk memegang konsol PS3 tadi.

Gugusan speaker di bahagian panel pintu juga melibatkan kerja fabrikasi yang besar. Daripada menebuk panel pintu asal, Hasrul memilih membuat semula panel pintu dengan bahan gentian kaca yang memuatkan 2 unit speaker, 1 mid bass 6” Carrozzeria dan satu lagi, coaxial 2-way 4” pula dari Pioneer. Pasti ramai sudah tahu, Carrozzeria dan Pioneer merupakan jenama yang sama. Bezanya Carrozzeria merupakan jenama yang pasarannya hanya untuk di Jepun, manakala Pioneer pula dipasarkan secara meluas ke pasaran dunia. Namun begitu, jenama Carrozzeria ini juga sudah mula menjadi perhatian pecinta ICE di merata dunia dan kereta Wira ini sebagai contoh yang paling nyata.

Kerja ‘customization’ dengan bahan gentian kaca berterusan di bahagian ‘boot’ belakang di mana ‘boot-lid’ mendapat sentuhan yang sama. Bahan gentian kaca digunakan untuk mendapatkan reka bentuk yang fleksibel bagi memegang 6 unit mid bass Performance, 2 unit tweeter dan seunit monitor 7” untuk diperagakan. Dalam keadaan biasa di bahagian boot, penggunaan kotak kayu untuk menempatkan woofer digunakan dengan meluas kerana ia mudah dan murah, tapi Hasrul memilih mengkoordinasikan sekali lagi kerja-kerja yang lebih susah, ‘fibre glass’ untuk menempatkan 4 unit woofer Performance. Pembinaannya dibuat secara ‘1 piece’ yang menyambungkan dinding boot sehingga ke lantai yang menempatkan 2 unit amplifier monoblock Performance OM-2400.1 yang juga bertindak sebagai pembekal kuasa kepada keempat-empat unit woofer itu tadi.

Frekuensi pembahagian mid bass disusun dengan laluan pendawaian yang berasingan. Untuk mid di bahagian boot-lid dan speaker depan, 2 unit amplifier 4 channel Performance PF2400.4 digunakan untuk memacu kesemua 8 mid, 2 tweeter dan 2 unit speaker coaxial. Kuasa yang dibekalkan setinggi 2400 watt bagi setiap unit amplifier ini nyata tiada masalah untuk memaksimumkan kesemua pengeluaran bunyi dari mid yang dipasangkan tadi.

Proton Wira ini bukan sahaja menarik untuk dilihat dari sudut audionya semata-mata. Pakej pengubahsuaian yang meliputi aspek estetik seperti warna dan pelekat Kingdom Heart itu tadi melengkapi satu sama lain. Ia juga dipadankan dengan sistem suspensi jenis hidraulik yang membolehkan ketinggian dan kerendahan dilaras dengan satu butang.

Enjinnya turut digantikan dengan mesin dari VR4. Bodykit rekaan DAMD dan juga bentangan alatan seperti meter-meter Defi, stering Elevo, seat Recaro, sunroof membuktikan bahawa kereta ini direka serus untuk autoshow. Ia bukanlah projek separuh jalan atau kereta suka-suka sebab hobi. Untuk sampai ke tahap ini juga belanjanya bukan sedikit!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 29

Previous Post

Dikeluarkan Dalam Tiga Versi Dengan Transmisi Empat Kelajuan Manual

Next Post

SUV Tempatan Yang Ditawarkan Pada Harga Bermula RM79,200

Next Post

SUV Tempatan Yang Ditawarkan Pada Harga Bermula RM79,200

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved