Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

BKGK Show 2019 @ Jelajah 360° Smart Selangor

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in BULETIN, UTAMA
0

Siri Karnival Jelajah 360 Smart Selangor yang dikuasakan Universiti Selangor, kembali memeriahkan beberapa lokasi sekitar Selangor bermula awal tahun ini. Berkonsepkan karnival yang dipadatkan dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik, siri jelajah ini bukan sahaja sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga, malah turut menyediakan peluang perniagaan khususnya kepada para peniaga kecil-kecilan.

Satu lagi siri jelajah telah diadakan pada 15 hingga 17 Mac lalu yang berlangsung di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam. Sepertimana penganjuran siri ini yang terdahulu, sambutan yang diterima amat menggalakkan dari para peserta dan pengunjung yang mengambil kesempatan ini menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Antaranya termasuk street soccer, zumbathon, soopa doopa, konsert Alami Smart Selangor, Santai @ Unisel dan macam-macam lagi. Tidak ketinggalan, segmen khas untuk para pencinta dunia permotoran yang dikelolakan Budak Kereta Geng Kita (BKGK).

Diadakan pada 17 Mac, BKGK Show 2019 ini dimulakan seawal jam 10.00 sehingga jam 6.00 petang dengan pelbagai kategori yang dipertandingkan seperti Autoshow, Audioshow, Stance dan juga Gathering Car Club. Buat makluman anda, tiada sebarang bayaran pendaftaran dikenakan kecuali bayaran parking sebanyak RM10 untuk setiap kereta.

Para peserta yang terlibat turut menerima sijil penyertaan, pelekat dan juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah. Kehadiran dan penyertaan kereta-kereta yang dimodifikasi dengan pelbagai warna dan ragam, menyemarakkan lagi penganjuran acara permotoran ini.

Previous Post

Land Rover Adams Digital

Next Post

Parasol

Next Post

Parasol

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved