Walaupun nampak seperti sebuah sistem audio yang agak rumit tapi pemasangan Kia ini masih boleh dianggap masih belum tahap hardcore. Pemasangannya bersih dan pastinya installer telah merangka dengan teliti sebelum meneruskan dengan kerja-kerja pemasangan sistem audio. Berbekalkan 2 unit woofer, sistem audio ini ditumpukan di bahagian belakang berserta penampilan yang cukup kemas.
Lihat sahaja cara penyusunan speaker di bahagian belakang. Gugusan mid bass dan tweeter dipasangkan dalam perumah khas. Di lokasi yang sama, barisan amplifier yang menguasakan speaker dan woofer turut dipasangkan. Tidak banyak yang boleh dicerita tentang bahagian audio di ruang dalam tetapi untuk sebuah kereta dengan setup SPL, kereta ini dijaga dengan cukup baik. Segala-galanya kemas. Mujurlah ada bunyi audio yang menemani Kia ini, kalau tidak pasti sunyi.
Nama
Nathan A/L Rajenderen
Kereta Pertama
Kia
Kereta Impian
BMW 3 Series
Kereta
Kia
Head Unit
Sony MEX – BT3750U
Equalizer
– 2 unit pre-amp 7 band America Sound RS7B
Amplifier
– 1 unit amplifier 4 channel America Sound
– 1 unit amplifier monoblock America Sound
Speaker
– 4 unit speaker komponen America Sound
– 4 unit tweeter America Sound
Woofer
– 2 unit woofer 12” America Sound
Setting
SPL
Kos Modifikasi
RM21,000.00
Kenangan Pahit
– Tiada
Kenangan Manis
– Kongsi minat sama dengan rakan-rakan
Lokasi Impian
– Amerika Selatan
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Tengok kereta ICE lain
Pendorong
Kawan-kawan
Kelab
– MPKL
Pusat Pemasangan
K & H Car Accessories Enterprise, No 12, Jalan Pusat Bandar Country Homes 1/1, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 – 6733 1866.