Supercar adalah idaman setiap orang yang waras. Namun, membeli supercar bukanlah dalam kemampuan ramai orang waras. Bukan sahaja mahal, nak selenggara pun satu hal lain. Eksklusiviti dan kemahalan supercar telah membuatkan ramai orang seluruh dunia bertukar menjadi tidak waras. Err.. atau mungkin juga kreatif?
Kita dah lihat beberapa contoh sebelum ini yang agak bagus hasil kerjanya. Ini adalah salah satu contoh kreatif yang dibina oleh Executive Modcar Trendz yang terletak di India. Mungkin disebabkan pengaruh filem Hindustan yang sering ada yang tak masuk akal, maka mereka membina kereta yang tidak masuk akal juga.
Apa yang lebih tidak masuk akal X 1000 ialah model asas yang digunakan untuk membina Lamborghini Aventador ini. Ia adalah sebuah Honda Accord. Ya. Accord tuan-tuan. Macam mana dia potong sambung sebuah sedan 4 pintu jadi begini? Tentulah daya imaginasi dan kemahiran yang membolehkannya. Kalau ada imaginasi semata-mata tapi tak mahir, boleh barai Accord ni!
Sebenarnya, hasil akhirnya agak bagus juga dengan penggunaan lampu depan dan belakang agak mirip. Warnanya juga mengikut skema pilihan Aventador – Arancio Argos oren. Kalau Accord boleh ubah jadi Lamborghini Aventador, agak-agak Myvi yang di bawah sana tu, boleh ubah jadi Audi A3 Sportback tak? Hmm. Impossible!
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Insta :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
FB :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ