Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Biar Ringkas Tapi Hentaman Bass Tetap Padu

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-01-19
in SHOW OFF, UTAMA
0

Setiap orang ada kecenderungan berbeza bila membina kereta berasaskan sistem audio. Dari pemerhatian beberapa tahun lepas, kami dapat merumuskan bahawa walaupun perbelanjaan besar dilaburkan untuk sistem audio, ramai pemilik tidak berminat untuk melakukan pengubahsuaian kosmetik. Ini berlaku di kalangan pembina sistem audio jenis SQ yang mana mereka lebih gemar mengekalkan status low profil atau mungkin mereka juga bukan jenis yang sukakan spoiler penyangkut baju dan pelekat peminjam wang berlesen. Setiap orang ada rasional yang berbeza.

Namun bagi peminat SPL agak sedikit berbeza. Pembinaan bodykit, kerja customization dan hiasan yang berlebihan biasanya menjadi asas pembinaan. Logiknya ialah kereta ini biasanya dipamer, bukan dipertandingkan. Jika anda biasa ke port malam minggu dengan demo sistem audio, masing-masing cuba menampilkan kerjatangan masing-masing. Lampu LED dan neon berwarna-warni menjadi sesuatu yang wajib dipertontonkan.

Kereta Proton Satria hasil usaha kedai aksesori My Audio dari Rawang ini tidaklah terlalu menonjol. Peralatan yang dipasangkan agak asas namun cara begini masih merupakan teknik yang digemari bagi mereka yang baru hendak menjinakkan diri dalam ICE. Jika anda berhajat menukar sistem audio asal kenderaan dengan bajet sederhana, teruskan membaca artikel ini. Jika anda sudah menghabiskan audio lebih 5 angka, saya sarankan anda selak mukasurat berikutnya.

Pemain yang digunakan pada kereta ini merupakan set CD tunggal yang jarang digunakan. Model Philips CEM250 ini antara pemain jenama Jepun yang boleh diharap, murah tetapi jarang ditemui di kedai audio. Mungkin ada masalah dalam pengedarannya kerana harganya hampir sama dengan pemain buatan China atau jenama yang entah apa-apa.

Ia disambungkan dengan dua unit pre-amp equalizer Kole Audio KSE-80EQ. Laluan dari pre-amp ini dibahagikan kepada 2, yang mana satu untuk mid dan hi, manakala satu lagi untuk frekuensi rendah. Kesemua sistem ini dibina dibahagian but belakang kereta yang sememangnya tidaklah besar mana. Perlukan kerja yang teliti supaya kesemua peralatan dalam dipadan dan disambungkan dengan sempurna kerana sedikit sahaja kesilapan, bunyi yang bagus hanya tinggal mimpi.

Bekerja dalam ruang yang terhad tidak menghalang pihak My Audio menghasilkan sesuatu yang berakhir dengan teliti. Komponen yang dipasang di bahagian but kereta ni terdiri daripada 3 unit woofer Kole Audio QB-120DD yang mendapat kuasa daripada seunit amplifier monoblock berkuasa tinggi Kole Audio QX-3000D. Corak pemasangannya dipermudahkan dengan menggunakan bahan gentian kaca. Berbanding plat kayu, gentian kaca lebih fleksibel dan mudah untuk merekabentuk dalam sebarang jenis rekaan.

Gentian kaca ini diselaraskan dengan perumah khusus untuk menempatkan empat unit mid bass Kole QX-60BM bersama 2 unit tweeter Kole Audio QD-TW100. Seunit amplifier 4 saluran Kole Audio KSE-4480 dipertanggungjawabkan untuk memacu baki sistem ini dan ternyata gabungan ini tidak menghampakan. Saiz yang pada mulanya memberi rintangan ketika kerja pemasangan hendak dibuat kini memberikan kelebihan kerana kepada ruang yang menghasilkan dentuman padu dan mid bass yang sekata.

Ringkas bukan bermakna tidak bagus. Kami percaya di kalangan pembaca Kar HiFi, ramai yang masih lagi tercari-cari sistem bagaimana yang patut dijadikan panduan. Jangan bimbang kerana Satria ini boleh dijadikan contoh langkah awal untuk anda menukar sistem sedia ada. Perbelanjaannya tidak terlalu tinggi, hasilnya boleh tahan dan sekarang, untuk bersama dalam kelompok audio, membuka bonet belakang dan memainkan lagu kegemaran di khalayak ramai tidak lagi jadi satu err err er ke ‘malu’ an?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 47

Previous Post

Membahayakan Diri Dan Keselamatan Orang Lain!

Next Post

Kereta Yang Jarang Dilihat Dan Didengar Ini Pernah Dimiliki Sultan Brunei!

Next Post

Kereta Yang Jarang Dilihat Dan Didengar Ini Pernah Dimiliki Sultan Brunei!

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved