Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Biar Kalah Gaya Tapi Menang Bergaya

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-01-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Membina sistem audio, bukanlah satu masalah yang besar. Benar. Sesiapa sahaja boleh membina sistem audio ke atas kereta milik masing-masing. Tidak kiralah sama ada sistem talaan SQ, SQL ataupun SPL. Ada juga yang hentam sesuka hati tanpa mengira atau punya talaan khusus. Jenis sistem audio sebegini memang mudah dijumpai di mana-mana dan ada juga yang kecelaruan konsep.

Berbeza dengan mereka yang benar-benar serius dalam membina sesebuah sistem audio, apatah lagi kepada pencinta audio tegar. Ia bukan perkara yang boleh diambil ringan atau dibuat main. Perancangan dirangka sejak awal agar impian yang sudah lama menerawang di laman minda diterjemahkan dengan tepat secara hakiki. Itulah yang dipraktikan pemilik Camry yang dibina dengan sistem audio talaan SQ ini. Ia bukan sekadar kereta audio biasa, malah menempa nama di salah satu pertandingan bertaraf antarabangsa membuktikan bahawa ada sesuatu yang luarbiasa.

Memilih Camry sebagai jentera yang mewakilinya di medan tempur, pemilik kepada sistem audio dengan talaan SQ ini memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Digital Audio Accessories yang beroperasi di Klang. Keutamaan beliau adalah sistem ini merealisasikan impian audionya, kemudian barulah dihantar ke beberapa pertandingan untuk mengukur tahap kecemerlangannya dari sudut halwa telinga secara umumnya. Satu percubaan berani kerana sanggup menghantarnya untuk dijuri yang mana ada masanya tidak akan selari dengan kehendak sendiri.

Digital Audio Accessories menyambut cabaran si pemilik dalam menyediakan sebuah sistem audio kereta yang menepati citarasa pemilik dan dalam masa yang sama memenuhi kriteria sebagai juara. Secara ringkasnya, installer ini berjaya dalam melaksanakan kedua-duanya. Bukankah itu sesuatu yang hebat kerana bukan semua dapat mengimbangi kedua-duanya.

Camry yang dilengkapi dengan aksesori audio dari Dominations ini telah berjaya menonjolkan prestasi cemerlang di pertandingan audio anjuran European Mobile Media Association. Dikenali sebagai EMMA, pertandingan peringkat Malaysia ini dianjurkan pada Ogos yang lalu dan Camry ini telah menjadi Juara untuk kategori Master OEM 10K.

Dimulakan dengan pembaca atau pemain utama dari Pioneer, AVH-165 ini merupakan salah satu pemain yang cukup sempurna. Bagi menambahkan kelancaran penyampaian isyarat, installer telah memasang dan menggunakan pemproses isyarat digital Helix yang kemudiannya memacu dua unit amplifier. Kedua-dua unit amplifier ini pula ditugaskan untuk memacu bahagian pembesar suara atau speaker yang dipasang di bahagian hadapan, menepati ciri-ciri staging sistem audio bertalaan SQ. Ya, pemasangan speaker sempurna kerana hampir tidak kelihatan. Cekap bukan installer ini dalam mengekalkan kekemasan Camry?

Meneruskan lagi kecemerlangan sedia ada, dua unit amplifier 4 channel Dominations ES-4100 digunakan untuk memacu barisan speaker mengikut fungsi masing-masing. Seunit amplifier ini digunakan untuk memacu dua unit mid bass 6” RS-61 dan dua unit mid range 2” Dominations F51. Bagi melengkapi sistem ini, woofer 12” Dominations ES124 digunaka. Tidak banyak ruang dikorbankan untuk mengisi sistem audio SQ ini. Malah, woofer yang berukuran 12” ditanam di bahagian dinding sisi bonet, bukannya di tapak ruang meletak barang. Begitu juga dengan dua unit amplifier yang disimpan di dalam perumah khas. Bijak bukan?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 62

Previous Post

Pilihan Tepat Untuk Jarak Pemanduan Yang Lebih Jauh!

Next Post

Semangat Gamers, Memang Lain Macam!

Next Post

Semangat Gamers, Memang Lain Macam!

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved