Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Bermula Sejak Zaman Remaja, Cinta Terhadap Dunia Audio Tidak Boleh Dipisahkan!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-12-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Tentu ramai masih ingat soalan ini “what do you want?” yang meniti di bibir Britney Spears, diikuti aksi manjanya menghiasi setiap bangunan sebaik sahaja sebuah kereta memasuki frame dan meluncur laju, membelah jalan. Ia merupakan ayat pengenalan dan sekaligus menjadi sinonim kepada kereta keluaran terbaru keluarga Toyota di ketika itu iaitu Vios. Pengeluar kereta dari Jepun ini telah memperkenalkan Vios pada tahun 2003 bagi menggantikan Toyota Soluna yang sebelum ini mengisi permintaan pasaran terutama sekali di Asia untuk kereta sub-kompak untuk kapasiti 1.5 liter.

Vios mengekalkan legasi Toyota dengan reka bentuk yang elegan dan boleh digolongkan dalam kelompok kereta mewah. Mahupun begitu, ia tetap mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Ini secara tidak langsung membuatkan pemiliknya tampil bergaya setiap kali berada di dalam kereta. Tidak kurang juga, pasti ada yang cemburu sekiranya melihat tuan empunya kereta Vios adalah seorang jejaka muda dan cukup segak seperti saudara Aaron Hoong yang terpilih untuk menghiasi ruangan Show-Off edisi keluaran kali ini.

Bagi Aaron, minatnya terhadap I.C.E boleh diibaratkan bagai isi dan kuku. Sukar dirinya menafikan impak I.C.E dalam kehidupan seharian. Semuanya bermula sebelas tahun lepas, ketika beliau berumur 16 tahun. Aaron sudah mula mencari rezeki kerana kesempitan ekonomi yang dihadapi keluarganya. Beliau menolong kawan-kawan menjual produk dari China. Ekoran pendedahan itu, Aaron mula terjerumus dalam dunia I.C.E sehingga berjaya menjadi salah seorang rakan kongsi sebuah kedai aksesori, iaitu P&L Audio & Accessories dan turut menjadi dealer untuk beberapa jenama audio lain.

Bercerita mengenai pengalamannya, beliau pernah menyertai 2 pertandingan audioshow dan autoshow yang diadakan di Tanjung Malim. Mungkin nasib tidak menyebelahinya dan dia gagal membawa pulang sebarang hadiah dalam pertandingan tersebut. Namun kekalahan itu tidak pernah melumpuhkan semangatnya untuk terus bergiat aktif. Beliau turut menyertai salah satu pertandingan yang diadakan di Pahang dan berjaya mendapat tempat kemenangan. Namun begitu, kereta Vios kesayangannya dikatakan tidak sesuai untuk dimodifikasi kerana menghadapi kerumitan dari segi penyelenggaraan.

Walaupun sudah memilih untuk melakukan I.C.E pada kereta keduanya iaitu Kancil, Aaron tidak mengabaikan tuntutan jiwa I.C.E dalam dirinya dan memenuhkan kelengkapan I.C.E dalam Vios miliknya. Bukan setakat memenuhkan, malah Aaron memang cerewet dalam soal I.C.E. Tidak hairanlah jika diberitahu bahawa dalam tempoh tahun ini sahaja, sudah tiga kali kereta Vios ini mengalami transformasi dari segi kelengkapan audionya semuanya gara-gara tidak mencapai kualiti bunyi seperti diinginkannya.

Vios berwarna perak ini dahulunya dipenuhi dengan beberapa jenama audio lain. Ada saja yang tak kena di hatinya membuatkan beliau terus memburu kemantapan bunyi bass sehinggalah beliau bertemu produk Black General di salah sebuah pertandingan. Beliau dapat mendengar perbezaan yang dihasilkan dari woofer Black General. Bunyi bass yang terhasil lebih bagus berbanding jenama yang pernah digunakannya. Disebabkan sudah terpikat, Aaron bukan saja ambil keputusan menggantikan sistem audionya, malah dia turut menawarkan diri untuk menjadi dealer kepada jenama tersebut.

Bagi memenuhkan impian I.C.E yang diidamkannya, beliau memilih hanya yang terbaik bagi melengkapkan sistem I.C.E Most Wanted Black General yang terkandung dalam Viosnya. Bermula dari pemilihan HU sehinggalah speaker, semuanya dipilih dengan penuh teliti. Lihat saja kepada HU yang digunakan sebagai pemancar isyarat dari Pioneer Carrozzerria FH-P500MP. Melihatkan reputasi dipegang oleh jenama ini saja sudah cukup menjelaskan kelancaran pemainan muzik dan kekemasan pada bunyi yang dihasilkan.

Kemudian, 2 unit monoblock Black General B-2800.1 dan 2 unit amplifier 4 channel Black General B-2480 telah digunakan untuk menerima dan meneruskan kehebatan yang disalurkan dari pemancar Pioneer Carrozzerria tadi. 2 monoblock Black General itu akan memberikan kuasa yang telah diperbesarkan dan disalurkan pula kepada 2 biji woofer 12” Black General B-330H. Manakala 2 buah unit amplifier 4 channel Black General berfungsi untuk menyalurkan kuasa kepada 4 biji Black General B-60, 2 biji Horn Tweeter Focal FC.80T, 4 biji Black General B-6.2H

Cemburu pula rasa hati sebaik melihat sistem I.C.E lengkap yang siap disalut dengan bebulu putih. Umpama barang larangan menghiasai taman kayangan. Boleh dilihat tapi jangan disentuh. Menurut Aaron, hiasan dalaman keretanya ini pun mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana susah untuk belia memenuhi citarasanya sendiri. Sekarang, beliau dapat merasakan I.C.E yang menghiasi segenap ruang keretanya menjadi kehendak ramai. Bertepatan dengan namanya, Most Wanted Black General. Tak sia-sialah beliau menghabiskan duit sebanyak RM13,000.00 untuk keretanya ini.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 5

Previous Post

Didatangkan Dengan Bumbung Solar, Menukar Cahaya Matahari Kepada Tenaga Elektrik

Next Post

Didatangkan Dengan Bumbung Solar, Menukar Cahaya Matahari Kepada Tenaga Elektrik

Next Post

Didatangkan Dengan Bumbung Solar, Menukar Cahaya Matahari Kepada Tenaga Elektrik

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved