Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Bermula Dengan Set Biasa, Akhirnya Optima K5 Ini Dilengkapi SQ Luar Biasa

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-15
in SHOW OFF, UTAMA
0


Kia Optima adalah satu usaha serius Kia Motor untuk menembusi pasaran sedan eksekutif yang dimonopoli oleh syarikat Jepun menerusi model Honda Accord, Toyota Camry, Nissan Teana dan Mazda 6. Sejak diperkenalkan pada awal 2000, Kia Optima telah mengalami evolusi panjang, gagal dan terus berusaha untuk menghasilkan kenderaan yang lebih berdaya saing.

Sehinggalah kemasukan ketua reka bentuk baru, Peter Peter Schreyer ke dalam kumpulan Kia yang mengubah 100 peratus bentuk kereta-kereta mereka pada 2012. Schreyer telah berjaya mengubah profil kereta Korea Selatan yang bosan kepada aras baru. Reka bentuk baru Kia hari ini jauh lebih menarik, kita sendiri tidak sangka mereka mampu hasilkan kenderaan sedemikian rupa.

Optima K5 ini adalah contoh revolusi baru namun bagi pemilik yang enggan dilihat sama seperti Optima lain, pengubahsuaian adalah sesuatu yang wajib dibuat. Kereta ini dipadankan dengan rim 19 inci Vossen dengan bingkai oren, direndahkan dan dipasang dengan lips aftermarket depan dan belakang.

Bagi menjadikannya lebih menarik, pemilik telah menaiktaraf sistem audio kepada sistem SQ. Pada awalnya, ia hanyalah sebuah kereta dengan sistem sederhana namun bila terjebak dengan pertandingan (biasa lah ni) seterusnya peningkatan terus dilakukan. Sistem lama yang sebenarnya agak premium juga dari jenama lain dibuang terus dan ia kini menggunakan set lengkap dari jenama Ground Zero.

Pemain utamanya ialah set dari Alpine X008. Ia satu-satunya pemain DVD dengan antaramuka bersaiz 8” di pasaran dan harganya tidak murah. Tidak banyak kereta boleh menggunakan pemain ini kerana saiz skrinnya 8” berbanding 7” bagi saiz standard. Ia biasanya digunakan oleh MPV seperti Alphard dan Estima.

Pemain yang terkenal dengan fungsi “time alignment” ini diperkuatkan lagi dengan pemproses suara digital dari ARC Audio PS8 yang mampu menapis gelombang bunyi dengan sangat teliti. Peringkat penalaan di sini menjadi sangat kompleks dan jika anda inginkan sebuah sistem asas, lebih baik lupakan. Salah “tune”, keluaran bunyi jadi tak sedap langsung.

Dua unit amplifier dipasang untuk melengkapkan sistem ini, ia adalah amplifier berkapasiti 4 saluran Ground Zero Plutonium GZPA Reference 4XS yang menguasakan kesemua speaker. Menurut pengeluar, ia adalah amplifier yang mampu berdiri sendiri dan menghasilkan output kuasa dengan staging berbeza tanpa mengganggu gelombang yang dipilih.

Amplifier pertama menguasakan set tweeter Ground Zero GZPT Reference 28 yang dipasangkan pada pillar A bersama mid range Ground Zero GZPM Reference 80. Bermaksud gelombang sederhana tinggi dan gelombang tinggi untuk bunyi yang “nipis” dialihkan sepenuhnya di bahagian paras bahu pemandu. Penalaan yang tepat diperlukan untuk memastikan pertindanan bunyi tidak berlaku kerana gelombang yang hampir sama frekuensinya.

Unit amplifier kedua pula dipasang untuk memandu mid bass utama yang dilekapkan pada panel pintu. Speaker asal pada Optima K5 ini digantikan dan mid woofer Ground Zero GZMW Reference 180 yang melengkapkan sistem tiga hala untuk bahagian kabin hadapan.

Komponen terakhir ialah seunit woofer 12” Ground Zero Uranium GZUW 12SQ yang dipasangkan dalam but belakang. Ia berkongsi kuasa dengan amplifier pada mid woofer tadi dan seperti yang diberitahu di awal tadi, ia tiada masalah berkongsi frekuensi kerana litar bina-dalam amplifier ini mampu mengasingkan frekuensi dan menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Setelah siap, kereta ini “diuji” dalam pertandingan audio tempatan. Ia berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori Best SQ dan tempat kedua bagi kategori Rookie 3 way di pertandingan pertama MACE yang disertainya beberapa tahun lepas. Pada pusingan kedua pula, ia menyapu bersih kategori Rookie 3 way dan tempat kedua bagi kategori Pro Custom C.

Berbaloi, kan?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 90

Previous Post

Hari Keluarga Yang Menghimpunkan Ahli-ahli dari Utara, Selatan, Timur dan Barat!

Next Post

Diperkenalkan Pada Tahun 1970, Kini Lamborghini Urraco Sudah Berusia 50 Tahun!

Next Post

Diperkenalkan Pada Tahun 1970, Kini Lamborghini Urraco Sudah Berusia 50 Tahun!

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved