Sempena perayaan Laykrathong 2020 yang bakal disambut oleh masyarakat Siam pada setiap tahun di penghujung tahun, perayaan ini turut disambut masyarakat Siam di Pendang. Bagi memeriahkan lagi perayaan ini, satu pameran audio telah diadakan dan ia merupakan kali pertama dianjurkan sempena perayaan Laykrathong.

Bertempat di salah sebuah kedai audio di Sg Tiang Pendang telah berlangsungnya pameran audio kereta yang diadakan pada hari Jumaat, 6 November 2020. Acara bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada 11 malam. Walaupun jaraknya sedikit jauh tetapi tetap mendapat sambutan amat mengalakan dari peminat audio kereta.

Sebanyak 40 buah kereta audio telah memenuhi ruang parking di hadapan kedai Dorn Audio System. Disebabkan aktiviti yang melibatkan audio semakin perlahan sejak pandemik covid-19, peluang ini tidak dilepaskan oleh para peminat dunia audio kereta. Masing-masing melepaskan kerinduan dengan memperdengarkan sistem audio kereta yang tidak kurang hebatnya.

Pameran audio kali ini dianjurkan oleh Dorn Audio System dan rata-rata para peserta yang menyertai acara ini datang dari Perlis, Alor Setar, Pendang, Sungai Petani dan Perak Utara. Penganjuran pameran audio ini tidak mungkin berjalan lancar tanpa kerjasama dari pihak PDRM. Para peserta dan juga pengunjung juga memberi kerjasama yang cukup baik dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta dipantau oleh pihak polis dari masa ke semasa.

Bagi memeriahkan lagi acara, pihak Dorn Audio turut menyediakan sedikit jamuan makan kepada para peserta yang memenuhi parking pameran audio pada malam itu. Walaupun pada sebelah petang cuaca agak mendung dan hujan telah membasahi bumi Pendang, ia tidak menghalang acara berjalan seperti dirancangkan. Acara telah berakhir pada pukul 11 malam. Jutaan terima kasih dari pihak penganjur kepada para peserta yang datang serta pihak PDRM juga para penduduk sekitar kawasan pameran.




















































