Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Berkorban Apa Sahaja Demi Minat Dan Cinta

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-06
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kegilaan terhadap kenderaan jenis MPV dan SUV semakin merajalela di persada dunia permotoran hari ini. Salah satu faktor yang menjadikan ia amat popular di kalangan masyarakat kerana saiznya yang luas. Selain selesa, ia juga menjadi lambang status pemakainya. Sepertimana seorang gadis bermandikan jenama Prada di segenap tubuhnya, begitu juga dengan pemakaian kenderaan ini. Tambah pula kalau pemiliknya masih muda, mahu menoleh banyak kali orang yang melihat dibuatnya.

Fenomena ini bukan sahaja terjadi di Malaysia, malah turut dirasakan oleh jiran serumpun, Indonesia. Sebagai contoh, kenderaan Black Toyota Fortuner kepunyaan seseorang yang hanya ingin dirinya dikenali sebagai Encik X. Beliau yang tidak mahu mendedahkan diri kepada umum ini merupakan seorang pengimport aksesori audio kereta paling berjaya. Dalam masa yang sama, beliau juga mempunyai minat yang amat mendalam terhadap I.C.E dan sanggup meluangkan seberapa banyak masa dan wang untuk mencapai matlamatnya.

Kecintaan beliau dizahirkan ke atas Black Toyota Fortuner kesayangannya yang dimuatkan dengan aksesori I.C.E high-end diikuti rekaan kosmetik yang memukau, sentuhan installer Radius Audio. Bagi seseorang yang terlibat dalam dunia I.C.E, beliau mempunyai citarasa tersendiri. Beliau mahukan sistem yang mampu memainkan pelbagai media serta talaan SPL yang paling tinggi. Ini ekoran pilihan muziknya yang berlatarkan R&B dan muzik Trance. Namun begitu, beliau juga tidak mahu mencederakan bunyi sound quality yang sedia ada.

Bagi mendapatkan jentera I.C.E hebat seperti yang terdapat dalam Black Toyota Fortuner ini, setiap langkah perlu dilaksanakan dengan penuh hati-hati. Langkah pertama yang dilakukan oleh installer ini adalah menukar head unit OEM dan digantikan dengan unit Clarion VRX 686 BT. Head unit ini mampu menghasilkan suara pada kualiti yang dihasilkan oleh aksesori high-end. Ia juga membaca pelbagai format seperti CD / DVD, bluetooth telefon dan mempunyai kemampuan interfacing A2DP.

A-Pillar custome made direka khas untuk dijadikan pemegang 2 unit tweeter Scanspeak 2 way Ring Radiator R7000, diletakkan pada sudut yang mampu memberikan kesan bunyi paling optimum. Selain itu, mid bass 18W yang juga dari jenama sama diletakkan pada mounting speaker OEM. Scanspeak ini merupakan salah satu jenama buatan Denmark yang memang amat terkenal kerana mutunya. Mula bertapak dalam dunia audio seawal tahun 1970, tidak hairanlah En. X memberi kepercayaan kepada Scanspeak untuk terlibat dalam sistem I.C.E miliknya!

Bagi melengkapkan kecemerlangan yang telah dipamerkan barisan speaker, sebuah amplifier 4 channel dari Harmonic Drive Reference Series telah digunakan untuk memacu speaker Scanspeak di bahagian hadapan. Manakala speaker di bahagian belakang yang terdiri dari barisan speaker Peerless SDS 6.1 pula dipacu terus oleh amplifier internal yang terkandung di dalam head unit Clarion VRX 686 BT.

1 unit lagi amplifier monoblock Venom VI-4000.1 PD telah dipasang untuk memacu 2 unit subwoofer Kicker Solobaric L7 dengan koil suara berkembar. Siri subwoofer 4 segi ini seringkali dikatakan sebagai antara yang terbaik berbanding dengan subwoofer yang biasa ditemui dan menghasilkan dB yang lebih tinggi. Ianya dibina khas untuk mendapatkan kuasa SPL yang paling maksima. Namun begitu, semuanya terserah kepada citarasa pecinta I.C.E itu sendiri. Bak kata orang, lain telinga, lainlah citarasa!

Bagi menstabilkan voltan untuk sistem I.C.E ini, 2 unit kapasitor Venom 2 Farad telah dipasangkan. Kabel Stinger 0 AWG digunakan untuk menyambungkan bateri kenderaan kepada fius blok agihan. Ini untuk memastikan penyambungan amperage yang tinggi boleh dilaksanakan. Fius utama dan fius agihan dengan amperage yang tepat digunakan untuk memastikan sistem I.C.E yang dipikul Black Toyota Fortuner ini sentiasa dalam keadaan selamat.

Sebelum mengakhiri proses pembedahan kereta ini, tak sah kalau bahagian dekorasinya tidak diselongkar. Perumah amplifier ini merupakan custom made yang dihasilkan dengan MDF, gelas fiber dan juga akrilik. Direka dengan sangat teliti bagi mewujudkan interior yang estetik dan terpaksa mengorbankan bahagian tempat duduk belakang. Bagi memperlihatkan lagi kehebatan pemasangan I.C.E pada kereta ini, lampu LED berwarna biru telah dipasangkan dan cahayanya menyimbah ke atas panel yang dibina dari akrilik.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 45

 

Previous Post

Sebuah Kereta Dengan Pakej Lengkap

Next Post

Sistem Audio Yang Serasi Dan Sesuai Untuk Pertandingan

Next Post

Sistem Audio Yang Serasi Dan Sesuai Untuk Pertandingan

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved