Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Beralih Arah Dari Motor Ke Audio

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-19
in SHOW OFF, UTAMA
0

Di Malaysia, kereta yang paling tinggi permintaan untuk dimodifikasi adalah kereta jenis k-car. Hal ini kerana, kereta k-car lebih murah jika dibandingkan dengan kereta sedan dan yang paling utama, alatganti yang mudah diperolehi. Kereta k-car yang diminati di Malaysia tentu sekali kereta keluaran Perodua Kancil. Selain dari Kancil, Kenari turut menempa nama dalam dunia permodifikasian serta mempunyai tempat yang tersendiri dalam hati peminat kereta k-car.

Kalau dunia heboh memperkatakan tentang wabak penyakit Influenza H1N1, lain pula ceritanya dengan virus yang melanda dunia permotoran. Ada saja kereta-kereta baru yang tampil dengan modifikasi unik sama ada dari sudut performance tak kurang juga sistem audio. Tidak turut ketinggalan dengan arus permodifikasian ini ialah Muhammad Khairi atau lebih dikenali dengan panggilan Ery Nightmare yang sebagai supervisor di sebuah kedai aksesori di Semenyih.

Jika dilihat pada keretanya sahaja sudah jelas menunjukkan kecintaan pemuda ini terhadap hobinya. Sejak membeli kereta Kenari ini 3 tahun yang lalu, Ery tidak pernah putus-putus melakukan modifikasi ke atas Kenari Nightmare miliknya. Sesiapa sahaja pasti terpegun dan kagum melihat transformasi yang dilakukan Ery. Sama ada dari sudut interior mahupun pada struktur kereta.Lebih menakjubkan hasil yang dapat dilihat pada kereta Kenari Nightmare ini adalah hasil kerja tangan Ery sendiri.

Ya! Memang benar. Ironi bukan? Walaupun bekerja sebagai supervisor di kedai aksesori, Ery tidak pula mengambil kesempatan untuk memodifikasi keretanya sendiri. Kedengaran agak mustahil tetapi tidak bagi Ery. Beliau melakukan kerja-kerja modifikasi tanpa sebarang bantuan dan rujukan dari mana-mana kedai aksesori. Hebat bukan? Beliau lebih selesa melakukannya sendiri kerana hasilnya lebih terjamin dan memberikannya kepuasan yang lebih. Setakat ini sahaja, Ery sudah membelanjakan kira-kira sebanyak RM20,000. Kereta Ery juga telah berjaya mengukirkan nama Ery apabila seringkali sahaja memenangi setiap pertandingan yang disertainya.

Hobi Ery turut mendapat sokongan dari isteri tersayang. Malah, isteri Ery lebih bersyukur kerana suaminya itu bertukar minat dari seorang peminat motor tegar kepada peminat kereta.Sekurang-kurangnya, keselamatan Ery lebih terjamin. Lebih manis lagi apabila isteri Ery turut bantu mentadbir jadual Ery. Maklumlah, Ery juga mempunyai kelab keretanya sendiri dan bertindak sebagai setiausaha. Selain itu, beliau juga merupakan ahli kelab belia dan sukan Malaysia. Jadual yang padat membuatkan si isteri rela menghulurkan bantuan. Kelab Ery iaitu UnOfficial Crank Club Community terdiri dari pemilik pelbagai jenis kereta!

Bila ada kelab sendiri, sudah tentu kereta yang dimiliki pun hebat. Itulah yang dapat dilihat pada kereta Kenari Nightmare ini. Hampir setiap sudut kereta ini dihiasi dengan watak-watak kartun Nightmare. Kenapa Ery pilih Nightmare? Mudah saja. Ery mahu kelainan dari kereta-kereta yang pernah ditemuinya sebelum ini yang lebih gemar menggunakan kartun Hello Kitty dan juga Lilo and Stitch. Lagipun, kartun Nightmare ini memang merupakan kartun kegemaran Ery.

Sistem audio kereta milik Ery pun tidak kurang hebatnya. Lihat saja pada bahagian dalam kereta, pasti perkara pertama yang kelihatan adalah indash monitor 7″ dan juga pemain unit utama jenama Pioneer model 6750 menjadi pilihan Ery. Bukan setakat itu saja, malah Ery dengan bijak telah menggantikan visor asal dengan visor DVD monitor 7″. Pada bahagian belakang pula iaitu di bahagian tempat duduk penumpang, Ery telah meletakkan pula sebuah roof monitor 10″ menjadikan kesemua monitor yang ada di dalam Kenari Nightmare sebanyak 2 buah.

Isyarat dari pemain unit Pioneer itu kemudiannya dihantar kepada amplifier 4 channel Kenwood model KAC-8404 yang turut memacu 4 unit midbass Stellar SSL-6WF bersaiz 6 1/2″ dan 2 unit midbass Bossmen Comp RV-6200 bersaiz 6 1/2″ dibahagian pintu kereta. Manakala satu unit amplifier monoblock jenama Caliber CA850D telah digunakan untuk memacu 2 unit woofer jenama America Sound US 12S 12″ single coil magnet.

Tidak hairanlah Kenari Ery Nightmare ini seringkali meraih tempat di mana-mana pertandingan yang disertainya. Modifikasi yang seimbang dan lengkap dengan sistem audio yang memukau. Pasti ini bukan yang terakhir dan ada banyak lagi modifikasi yang bakal dilakukan Ery ke atas kereta kesayangannya.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 3

Previous Post

Sebanyak 55,354 Unit Hadapi Masalah Pam Bahan Api

Next Post

Ketahui Beberapa Kelebihan Gear Automatik

Next Post

Ketahui Beberapa Kelebihan Gear Automatik

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved