Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Belum Cuba, Belum Tahu. Sudah Cuba, Baru Tahu!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-12
in SHOW OFF, UTAMA
0


Mungkin pertandingan tidak menjadi satu isu besar untuk penggemar tegar audio kereta kerana beranggapan, keinginan dan impian audio peribadi tidak semestinya secocok atau selari dengan kehendak pertandingan. Dek kerana itu, tidak ramai yang mengganggap ianya penting untuk menyertai pertandingan. Ada di antara golongan ini pula mengganggap ianya sesuatu yang membuang masa.

Tidak dinafikan, terdapat perbezaan antara sistem audio yang dibina mengikut kehendak peribadi dan juga sistem audio yang dipasang dengan menjadikan pertandingan sebagai motif utama. Objektif sistem audio yang dipasang demi pertandingan adalah satu, iaitu kemenangan. Berbeza dengan keadaannya sedekad yang lalu, terlalu banyak pertandingan yang dianjurkan pada masa kini. Setiap satunya mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pemenang dengan sistem audio yang terbaik.

Oleh disebabkan ini masih ramai penggemar audio tegar di luar sana menjauhi diri atau tidak mahu terlibat dalam pertandingan. Mereka lebih selesa mempunyai sistem audio yang cemerlang tanpa perlu berkorban demi sebuah pertandingan dan mengambil kira kelebihan yang boleh diperolehi. Ia bukan semata-mata kemenangan, sebaliknya melibatkan diri dalam pertandingan memberikan ruang untuk melihat kepelbagaian sistem audio yang dipasang oleh setiap pemilik kereta yang lain, tak begitu?

Kereta sedan Toyota Vios kali ini dilengkapi sistem audio yang telah berjaya memenangi beberapa gelaran dalam pertandingan audio anjuran EMMA. Ditala dengan sistem talaan SQ, tidak dapat dinafikan bahawa Vios ini memiliki sistem audio yang cemerlang dan memang layak menang di mana-mana pertandingan audio.

Dimulakan dengan pemain audio dari jenama Alpine, pemain CD CDE-148EBT ini didatangkan dengan amplifier binaan dalam dan beberapa kelengkapan lain khususnya untuk mereka yang cenderung menggunakan perangkat media lain seperti iPod, USB dan macam-macam lagi. Membaca sumber data audio dan memprosesnya sebelum menghantar kepada pemproses bunyi digital (DSP) dari Helix. Penggunaan pemproses ini memampatkan isyarat analog yang diterima dan dialirkan secara berterusan.

Dari sini pula, isyarat tadi dipecahkan kepada dua laluan yang setiap satunya dimulakan pula oleh seunit amplifier 4 channel dari Dominations Elite Series, ES4100. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Dominations merupakan salah satu jenama yang semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa dengan mencatatkan kejayaan demi kejayaan. Siri Elite ini pula adalah salah satu terbaik keluaran jenama ini.

Laluan pertama adalah sistem audio yang melengkapi bahagian kabin dan terdiri dari 3 jenis speaker bagi mencapai matlamat pembinaan talaan sistem audio 3-hala. Seunit mid range Dominations R51 dan seunit tweeter yang ditempatkan di tiang pillar A dan set yang sama dipasangkan di bahagian berikutnya. Bagi memberikan keseimbangan dan menyempurnakan sistem talaan 3 hala, seunit mid bass 6” Dominations ES61 dipasangkan di kedua-dua belah panel pintu bagi memberikan staging yang tepat.

Berganjak pula kepada laluan kedua, lebih ringkas dan mudah yang dimulakan oleh seunit amplifier 4 channel Dominations Elite Series ES-4100. Amplifier ini pula bertugas untuk memacu seunit woofer 12” Dominations dari siri Elite, ES-124. Woofer ini ditempatkan dalam sebuah perumah binaan khas yang mana turut menempatkan dua unit amplifier tadi di bahagian tempat letak barang.

Masih ada ruang yang berbaki malah, ianya cukup luas dan boleh diisi dengan pelbagai barang-barang. Jelas sekali bahawa, sedan Vios ini boleh digunakan untuk kegunaan harian dan bukan sekadar dibawa ke tapak pertandingan. Itupun, terserah kepada tuan punya badan, sama ada mahu menggunakannya hari-hari. Ada juga pemilik yang lebih gemar menyimpan kereta yang dibina khas untuk pertandingan disimpan di tempat rahsia dan eksklusif. Seperti yang dikatakan tadi, semuanya terserah kepada kehendak pemilik itu sendiri. Buat masa ini, Vios Dominations ini sudah cukup cemerlang.

Berbalik kepada persoalan di awal tadi, perbezaan antara sistem audio yang dipasang semata-mata memenuhi kehendak peribadi dan juga pertandingan boleh diseimbangkan. Bagaimana? Cuba dahulu, baru tahu sama ada sistem audio peribadi anda serasi atau seiring dengan kehendak pertandingan. Tanpa mencuba, tidak akan tahu. Setuju?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 60

Previous Post

Hebat Di Atas Jalan Raya Dan Berbakat Dalam Sukan

Next Post

Lebih Banyak Pilihan Berkualiti

Next Post

Lebih Banyak Pilihan Berkualiti

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved