Orang yang rajin membaca ini ada banyak kelebihannya. Selain menambah pengetahuan, membaca dapat membuatkan seseorang mengembara ke mana-mana sahaja dengan membayangkan semua yang dibacanya tadi. Dengan membaca juga dapat mencetuskan minat yang lain seperti pengubahsuaian audio dalam kereta. Sekurang-kurangnya, itu yang terjadi kepada Saiful, pemilik Persona dengan tema Transformer ini.
Beliau yang mula meminati dunia audio dan modifikasi audio dalam kereta ini sejak tamat sekolah kerana menghabiskan masa dengan membaca majalah kereta dan audio. Di situ minatnya terhadap audio kereta semakin kuat dan apabila sudah memasuki alam pekerjaan, beliau membina sistem audio pada keretanya. Memilih sistem talaan SPL, Saiful tenang dan dalam masa bersemangat setiap kali bercerita tentang kereta Persona miliknya yang benar-benar mempesona.
Nama
Saiful Amrin Bin Sudin
Kereta Pertama
Proton Iswara
Kereta Impian
BMW 7 series
Kereta
Proton Persona Elegance
Head Unit
Pioneer AVH3250UB
Equalizer
– 1 unit equalizer 7 band Caliber CP-107P
Amplifier
– 1 unit amplifier 4 channel Caliber
– 1 unit amplifier monoblock Caliber CA-S1700.1
Speaker
– 4 unit mid bass 6.5” Caliber CM-D65I
– 2 unit horn tweeter Caliber
Woofer
– 2 unit woofer 12” Caliber CW-S120SVC
Setting
SPL
Lokasi Impian
– Johor
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Minat sejak lepasan sekolah (tengok di majalah-majalah)
Pendorong
Diri sendiri
Kelab
Southern Proton Persona Owners Club (PPEOC) & MYPS (My persona Style)
Pusat Pemasangan
Special Auto & Car Accessories, No 9 Jalan Manis 1, Taman Manis 1/1, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. No tel : 012-7121 400