Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Audio Option One

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-08
in SHOW OFF, UTAMA
0

Perkara wajib dibuat sebaik sahaja berpeluang membuat liputan acara pertandingan audio tentulah merakamkan kereta-kereta audio yang mengambil bahagian. Namun begitu, bukan semua yang masuk bertanding dirakam sebaliknya hanya kereta yang mempunyai faktor WOW bak kata Husin Lempoyang dalam filem Tan Sri P.Ramlee, Tiga Abdul. Saya pasti anda juga bersetuju sebaik melihat kereta Myvi warna biru yang terpampang di ruangan Show Off kali ini.

Rasanya tidak perlu lagi diulas tentang kebolehan sebuah Myvi dimodifikasi dan diisi dengan sejumlah aksesori audio yang banyak sehingga adakalanya, mencabar kemampuan berfikir. Bagaimana sebuah Myvi boleh memikul beban sebegitu berat? Bukankah beban yang berlebihan akan mengundang masalah yang lain? Soalan itu sudah acapkali dijawab menerusi kupasan di ruangan Show Off yang lepas. Kalau diulang semula, nampak sangat klise dan macam dah tak ada perkara lain untuk dikongsikan.

Berbalik kepada kereta Myvi yang kami jumpa sewaktu membuat liputan acara pertandingan Mace yang diadakan di Sarawak. Sukar untuk tidak mempedulikan kereta Myvi yang berjaya menonjol dengan sistem audio yang cukup memukau, hasil kerja tangan Option Audio. Ditambah pula dengan binaan sistem yang kemas dan pemasangan scissor door, membuatkan Myvi ini menjadi salah satu tumpuan utama sepanjang pertandingan berlangsung.

Sistem audio pada kereta Myvi ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama; kokpit hadapan, tempat duduk penumpang belakang dan ruang meletak barang di belakang. Pembahagian ini dilakukan dengan seimbang. Kerusi penumpang di bahagian belakang dicabut dan dikeluarkan untuk menempatkan sebuah perumah khas yang mengisi barisan amplifier dan juga line driver. Bagi mengindahkan bahagian ini, installer memberi sedikit pencahayaan dengan memasang lampu ala-ala retro di bahagian tengah. Tidaklah nampak kosong.

Bagi memulakan sistem audio ini, installer memasang pemain utama dari jenama Pioneer DVH-345 UB, pemain utama tunggal yang mampu memainkan pelbagai format audio termasuklah DVD dan VCD dengan hanya memasang monitor. Sistem audio yang dipasang Option audio ini turut menggunakan bantuan aksesori audio tambahan iaitu seunit Line Driver. Penggunaan Line Driver ini masih lagi menjadi debat khususnya untuk mereka yang hardcore dalam penalaan sistem audio.

Ada yang berpendapat, penambahan Line Driver tidak perlu sekiranya pemain utama yang ada mampu menghasilkan bunyi yang bersih. Tidak kurang juga yang beranggapan penambahan Line Driver ini setidak-tidaknya menyingkirkan noise (kebisingan) pada amplifier. Apa pendapat anda? Pendapat saya, itu terpulang kepada citarasa masing-masing. Sekiranya ada duit lebih dan tidak berkira soal kualiti, rasanya bukan satu jenayah untuk menambah aksesori. Contoh paling mudah, sedangkan nasi lemak pun ada macam-macam cara penyediaannya, dijual pula oleh pelbagai orang tapi diakhirnya nanti terpulang kepada selera orang yang makan. Tak begitu?

Penggunaan Line Driver Kole Audio QX-D4 dalam sistem audio Myvi ini bertujuan untuk menyingkirkan noise yang ada pada amplifier. Dibantu pula seunit pre-amp 7 band Kole Audio KSQ-95EQ, bunyi yang terhasil ternyata bersih. Isyarat yang diproses di pemain utama tadi dibahagikan kepada dua laluan utama; laluan pertama disambungkan kepada seunit Line Driver dan laluan kedua pula dialirkan kepada crossover Kole Audio siri SQ. Laluan pertama dipecahkan kepada dua laluan baru dan isyarat yang diproses Line Driver dihantar ke dua unit amplifier monoblock Mohawk Silver MS2000.1D. Kedua-dua amplifier monoblock ini bertugas untuk memacu 3 unit woofer 12” Kole Audio QB-12DDD yang ditanam dalam sebuah perumah khas.

Beransur ke laluan kedua yang bermula dari seunit crossover Kole Audio tadi, laluan ini seterusnya dipecahkan kepada dua laluan baru dan isyarat dialirkan kepada dua unit pre-amp 7 band Kole Audio KSQ-95EQ. Dari seunit pre-amp ini, laluan dipecahkan lagi ke dua cabang baru dan setiap satunya membawa isyarat ke seunit amplifier 4 channel Kole Audio KPS-804.

Salah satu unit amplifier ini berfungsi sebagai pemacu kuasa untuk 4 unit mid bass NT Power dan seunit yang seterusnya digunakan untuk memacu dua unit mid bass NT Power dan dua set speaker komponen Kole Audio yang terdiri dari dua unit mid bass dan dua unit tweeter. Keenam-enam unit mid bass NT Power telah dipasangkan di keliling tepi bahagian belakang Myvi, manakala set komponen Kole Audio digunakan untuk audio di bahagian dalam kereta.

Seterusnya adalah laluan terakhir bermula dari seunit lagi pre-amp 7 band Kole Audio KSQ-95EQ. Dari sini, isyarat yang telah diproses dihantar ke seunit amplifier 2 channel Kole Audio KPS-1502 yang bertugas untuk memacukan 3 unit horn tweeter Kole Audio. Ketiga-tiga unit horn tweeter ini telah dipasangkan pada perumah khas yang dilekatkan pada boot lid. Bagi menampung berat dan mengelakan boot lid ini tertutup, dua batang khas digunakan untuk menahan boot lid ini.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 85

 

Previous Post

Melangkaui Batas Masa

Next Post

Proton X50 : Tiada Pihak Ketiga Untuk Tempahan

Next Post

Proton X50 : Tiada Pihak Ketiga Untuk Tempahan

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved