Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Wish MPV VIP

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-12-11
in SHOW OFF, UTAMA
0


Tema modifikasi VIP mungkin sudah lama bertapak di negara kita. Ia adalah salah satu cabang modifikasi kereta yang unik dengan bahagian krom, balutan semula dalaman, rim besar, suspensi udara dan bodykit mencecah bumi. Namun versi VIP sebenar susah untuk ditemukan. Kalau ada pun jenis tak kena tajuk. Dalam VIP tapi luar sporty, luar VIP tapi dalam street racing. Saya juga kerap ke petak autoshow, kadang-kadang ada yang buat tema VIP melampau sangat sampai nak masuk dalam kereta, kepala boleh tersangkut gelas kaca.

Tapi yang ini memang win, malah konsep VIP pada MPV juga salah satu manifestasi popular di negara kelahirannya – Jepun. Pemilik kereta ini ternyata telah menghabiskan banyak masa dan wang ringgit untuk melakukan transformasi VIP sepenuhnya Toyota Wish beliau. Bagi mendapatkan kualiti pemasangan yang bagus sudah tentu sedikit usaha perlu dibuat. Maksud saya, kereta kena hantar ke Thailand, negara yang sudah matang dengan kerja-kerja upholstery dan kualiti kerjanya memang gred A+.

Kesemua kerja naiktaraf ini dilakukan di bandar Hatyai, selatan Thailand. Menurut pemiliknya, ia bukan sahaja berkualiti tinggi, malah harganya juga masih lagi munasabah dengan kadar tukaran matawang semasa. Dipasangkan untuk bahagian audio ialah unit pemain utama dari Kenwood. Pemain 2-din DVD ini diseliakan oleh seunit pre-amp Rockford Fosgate yang kemudiannya menghantar isyarat kepada tiga unit amplifier Rockford Fosgate yang terdiri dari 2 unit amplifier 4 channel dan 1 unit amplifier 2 channel.

Pemasangan speaker pula diatur untuk mendapat sebaran bunyi yang sekata, baik semasa autoshow, ataupun ketika memandu. Susunan dibuat dengan meletakkan 2 unit mid bass 6” di bahagian panel pintu hadapan bersama mid 4”. Pillar hadapan pula mendapat 2 unit tweeter dari jenama yang sama. Semua speaker di bahagian depan ini telah dipacukan oleh seunit amplifier 4 channel Rockford Fosgate.

Bahagian bagasi belakang pula direkabentuk semula untuk menempatkan 2 unit mid bass 6”, 2 unit tweeter dan 2 unit woofer 10” Rockford Fosgate tetapi ia bukanlah setakat pemasangan biasa. Ia diintegrasikan dengan konsep upholestry penuh. Setiap bahagian dibalut dengan alcantara velvet coklat yang lembut temanya. Dua unit amplifier digunakan, seunit amplifier 4 channel untuk memacu mid bass dan tweeter, manakala seunit amplifier 2 channel untuk memacu 2 unit woofer.

Bahagian-bahagian ini sebenarnya telah direka dan dibalut dengan tema yang sama semuanya dari papan pemuka hadapan, hinggalah ke tempat simpanan tayar belakang. Lihat pada dashboard dan bahagian vinyl seperti kick panel, konsol tengah dan pemijak sisi yang cukup kemas binaannya.

Kerja-kerja naiktaraf pada bahagian kosmetik juga sangat teliti. Arch roda, bumper depan dan belakang, skirting sisi dan kombinasi rim krom memang menjadikannya sebuah model VIP yang lengkap dan sempurna. Sempurna? Ya, kena pasang suspensi udara (air suspension) supaya di petak pameran, kereta boleh direndahkan rapat ke permukaan bumi. Dan akhirnya anda dapat sebuah MPV VIP yang setanding dengan tema VIP di petak pameran autoshow di Jepun!

Previous Post

Perhimpunan Kenderaan Klasik & Retro

Next Post

Kluang Stance, Kembali!

Next Post

Kluang Stance, Kembali!

CAPAIAN

  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved